Pemilik Samsung Note 4 dan Galaxy S6 Edge tentunya kini sedang berkira-kira untuk menggantikan telefon masing-masing, apatah lagi selepas Samsung melancarkan Galaxy S6 Edge+ dan Note 5.

Pun begitu, sebelum membuat keputusan, mari kita lihat apakah kelebihan yang ditawarkan kedua-dua telefon pintar ini.

Galaxy Note 5 (berbanding Note 4)

Samsung
Pengguna kini boleh menulis di atas skrin sekalipun ketika skrin ditutup - Foto AFP

1. Bentuknya kecil dan nipis berbanding Note 4. Punya ketebalan tidak sampai 0.3 inci dengan enam inci panjang dan tiga inci lebar, skrin sebesar 5.7 inci yang menjadi kelebihan masih sama seperti Note 4.

2. Hasil gambar yang tentunya lebih baik, dengan kamera hadapan berpiksel 5MP. Turut memiliki ciri full HD Live Broadcast, yang membolehkan pengguna menstrim video secara peribadi atau secara umum.

3. Pena yang lebih baik. Pengguna kini boleh menulis di atas skrin sekalipun ketika skrin ditutup.

4. Juga dilengkapi ciri scroll-capture, yang membolehkan pengguna membuat screen capture laman web secara keseluruhan.

5. Dari segi warna, ia boleh didapati dalam warna hitam dan putih, dengan saiz memori 32GB dan 64GB.

Galaxy S6 Edge+ (berbanding Galaxy S6 Edge)

Samsung
Kamera belakang kini berpiksel 16MP manakala kamera hadapan dengan 5MP. - Foto AFP

1. Skrin melengkung di kiri dan kanan. Seperti juga S6 Edge, skrin S6 Edge+ juga punya skrin yang membolehkan pengguna memprogramkan shortcut yang boleh diakses ketika skrin telefon menghadap ke bawah.

2. Kamera belakang berpiksel 16MP manakala kamera hadapan dengan 5MP. Juga punya ciri penstriman secara langsung yang membolehkan video disiarkan ke YouTube secara langsung dalam HD.

3. Hanya dua saiz memori, 4GB RAM dengan saiz 32GB atau 64GB. S6 Edge mempunyai pilihan 128GB.

4. Bateri yang lebih baik, iaitu 3000mA.

5. Dua warna pilihan iaitu hitam dan emas (gold).