SEBERANG PERAI: Mengetengahkan konsep service apartment, Citadines Prai Penang menawarkan pengalaman berbeza kepada pengunjung yang mahukan suasana 'rumah ' ketika bercuti ke Pulau Pinang.

Menurut Pengurus Residence, Lee Boon Kae, hotel bertaraf empat bintang setinggi 39 tingkat itu menjadi pilihan kerana kedudukannya yang terletak berhampiran kawasan tumpuan ramai serta kawasan Perindustrian Seberang Perai.

Katanya, Citadines menyediakan pilihan penginapan jenis studio dan apartment yang lengkap dengan kemudahan memasak asas yang pastinya berbeza dengan hotel lain.

Selain itu, katanya hotel ini juga dilengkapi  dengan kemudahan tempat parkir, kolam renang, gimnasium dan dobi layan diri.

"Di sini kita ada 168 bilik dengan empat kategori studio dan bilik, di mana konsep kita adalah hotel dan service apartment iaitu berbeza dengan hotel lain kerana kita ada bilik yang menyediakan ruangan dapur untuk memasak dan juga mesin basuh.

"Selain itu, kemudahan lain yang disediakan ialah kolam renang di tingkat 39 yang mana kita boleh melihat pemandangan indah keseluruhan Seberang Perai, Jambatan Pulau Pinang  serta menyaksikan matahari terbit," katanya.

Citadines menyediakan pilihan penginapan jenis studio dan apartment.

Sementara itu, bagi memastikan lebih ramai pengunjung memilih Citadines, Lee berkata, pihak hotel memperkenalkan inisiatif kad keahlian  kepada pelanggan dalam usaha menghargai pelanggan setia Citadines.

"Pelanggan boleh mendaftar sebagai ahli secara dalam talian, mereka boleh melihat laman web kita dan daftar bila-bila masa sahaja, selepas itu pelanggan boleh menikmati semua tawaran istimewa yang ditawarkan kepada mereka.

Citadines menyediakan pilihan penginapan jenis studio dan apartment.

"Pelanggan boleh menikmati  potongan harga mengikut pakej yang ditawar, malah potongan harga sempena tarikh lahir juga ada ditawarkan kepada semua ahli Citadines iaitu ASR (ASCOTT STAR REWARDS)," jelas beliau.

Paling istimewa Citadines juga menyediakan  'bakul makanan' kepada ahli dan juga minuman kopi yang menjadi 'Signature Citadines' bagi menyambut kedatangan para tetamu ke hotel berkenaan.

Bagi yang berminat untuk menikmati keistimewaan yang ditawarkan di Citadines boleh melayari laman web www.discoverasr.com/malaysia atau halaman media sosial @DiscoverASRMalaysia.

Citadines menyediakan pilihan penginapan jenis studio dan apartment.

Kolam renang terletak di tingkat 39.