JERLUN: Setiap kali bulan puasa, pelbagai jenis kuih muih tradisional akan disediakan sebagai juadah berbuka puasa.
Di negeri Kedah misalnya, antara hidangan yang bagaikan menjadi kewajipan ialah dangai kemboja yang cukup mudah ditemukan sepanjang Ramadan.
Kuih yang hanya dihasilkan dengan tiga bahan utama iaitu tepung, gula dan kelapa sangatlah masyhur dalam kalangan masyarakat di negeri jelapang padi ini.
Bagi pengusaha dangai kemboja, Che Elina Abd Rahman, 38, dia mula belajar membuat kuih berkenaan daripada ibu saudaranya 15 tahun lalu sebelum berani mengembangkannya dalam perniagaan.
Kata Che Elina, proses menyediakan dangai kemboja tidaklah sesulit mana kerana bahan asas yang digunakan mudah diperoleh.
Bagi mengekalkan keenakan dangai, Che Elina akan memasaknya dalam bekas turun temurun yang diberikan ibu saudaranya.
Setiap acuan sarangnya dapat menghasilkan enam biji dangai sekali dimasak.
Kata Che Elina, dangai tidak perlu dibakar lama, memadai hanya dua minit lalu di ketuk di atas papan pemotong sebelum dipotong dan ditangkup.
Bagaimanapun, untuk menyediakannya, ada pantang larangnya kerana jika tidak kena pada bahannya dangai tidak akan sedap.
“Kita tak boleh kelapa yang terlalu tua, kena pakai kelapa muda… itu pantang larangnya, kalau kita guna kelapa tua kita akan batuk bila makan keranai dangai itu akan melekat kerongkong kita,” dedah Che Elina mengenai rahsia menyediakan dangai.
JENDELA RAMADAN AL-MUBARAK
Kerana keenakan dangai kemboja Che Elina juga, maka tidak hairanlah kenapa ramai yang mencarinya.
Bukan setakat enak tetapi ianya tahan sehingga dua hari tidak basi kerana kelapa dibakar dengan sempurna.
Sementara itu, penggemar kuih tradisional, Mohd Ridzuan Mohd Dahalan berkata, dangai kemboja merupakan juadah paling ideal semasa berbuka puasa.
Seorang lagi penggemar dangai, Kassim Saad berkata, keenakan dangai kemboja terletak pada rasanya yang manis bercampur lemak.
“Setiap kali bulan puasa, mesti beli dangai,” kata Kassim.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Apr 25 2022
Tidak hanya di Kedah, kuih dangai juga sangat masyhur dalam kalangan masyarakat di negeri-negeri utara tanah air. - Gambar Astro AWANI
Marrybrown tembusi pasaran Kemboja, Uzbekistan tahun ini
Pembukaan cawangan di dua negara itu merupakan bukti kepada imej dan jenama Marrybrown semakin dikenali di pasaran antarabangsa.
Masih ada majikan culas laksana perintah gaji minimum - MTUC
MTUC sentiasa menggesa kerajaan supaya lebih agresif dalam mengenal pasti majikan yang masih berdegil.
Budak tiga tahun boleh 'mengaum' seperti singa
Gelagat video Riley Kay Scott yang dimuat naik dalam platform X oleh ibunya mencetuskan pelbagai komen lucu.
Niaga AWANI: Meneliti dinamika ekosistem pekerjaan di era teknologi
Teknologi pesat ketika ini memerlukan sektor buruh di negara ini beradaptasi, dan tidak menjadikannya sebagai halangan dalam meningkatkan produktiviti.
Lebih 3,000 rai sambutan Hari Pekerja 2024 peringkat kebangsaan
Suasana meriah di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sempena sambutan Hari Pekerja 2024.
AWANI Ringkas: Sultan Nazrin dilantik Pengerusi MKI untuk 2 tahun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Niaga AWANI: Sejauh mana reformasi dasar diperlukan untuk tangani cabaran TVET?
Graduan dalam aliran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kini, mempunyai potensi besar menjadi tenaga mahir negara dalam pelbagai bidang. Apakah langkah yang boleh diambil untuk memastikan kurikulum bidang TVET dapat memenuhi keperluan industri semasa serta dapat mempersiapkan graduan bagi menghadapi pelbagai cabaran dalam pasaran pekerjaan?
Niaga AWANI: Pekerja Kesuma Bangsa: Lonjakkan kesejahteraan pekerja, produktiviti organisasi
Bagaimana untuk memahami hubungan antara kesejahteraan pekerja dan produktiviti organisasi, terutamanya dalam konteks Malaysia?
Agong, Raja Permaisuri zahir penghargaan kepada warga pekerja
Seri Paduka Baginda berdua bertitah warga pekerja adalah pemacu pertumbuhan Malaysia ke tahap yang lebih baik.
Boleh guna kad debit, kredit di semua kaunter khidmat pelanggan - Rapid Rail
Kaedah pembayaran baharu ini bertujuan untuk memberi kemudahan dan meningkatkan kecekapan proses pembelian untuk pengguna Rapid KL.
Dangai kemboja juadah kegemaran masyarakat Kedah
Tak ada orang Kedah yang tak kenal kuih dangai...