awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dari TikTok ke pentas fesyen Milan, Khaby Lame jadi wajah kempen jenama Hugo Boss

Gempak
Gempak
30/01/2022
02:40 MYT
Dari TikTok ke pentas fesyen Milan, Khaby Lame jadi wajah kempen jenama Hugo Boss
Sensasi TikTok terkenal Khaby Lame diangkat menjadi wajah kempen bagi jenama fesyen antarabangsa Hugo Boss. -Gempak
SENSASI TikTok terkenal Khaby Lame diangkat menjadi wajah kempen bagi jenama fesyen antarabangsa Hugo Boss.
Memetik laporan Hollywood Reporter, Boss mengambil pendekatan penjenamaan semula yang menyasarkan segenap kelompok masyarakat.
Pemilihan Lame sebagai duta juga bertepatan lantaran pempengaruh yang berpangkalan di Itali itu kini mengumpul seramai 129 juta pengikut.
Menerusi laman sosial Instagram, Lame, 22, meluahkan rasa bangganya apabila terpilih menjadi duta bagi kempen jenama fesyen ‘high end’ tersebut.
“What an honour to be a boss,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Lame juga akan membuat kemunculan sulungnya di atas pentas runway di minggu fesyen Milan.
Boss turut mengumumkan kerjasama mereka bersama Lame ini dijangka akan berterusan selama beberapa tahun.
Selain menjadi wajah penghias kempen, kerjasama bersama Lame juga meliputi rekaan bersama untuk beberapa koleksi kapsul akan datang.
Di ruangan komen, rata-rata wargamaya seluruh dunia menitipkan ucapan tahniah di atas pengiktirafan tersebut.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah meraih lebih 2 juta tanda suka dan hampir 10,000 komen.
Selain Lame, antara wajah-wajah popular yang turut menjadi duta bagi kempen #BeYourOwnBoss ini adalah Kendall Jenner, Hailey Bieber, Lee Min-ho, atlet antarabangsa Anthony Joshua, Alica Schmidt dan ramai lagi.
*Artikel asal di portal Gempak
View this post on Instagram
A post shared by Khaby Lame (@khaby00)
Topic Berkaitan
#Khaby Lame
#Hugo Boss
#wajah kempen
#Minggu Fesyen Milan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan