awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RUU tempoh jawatan tidak libatkan Ketua Menteri dan Menteri Besar - Azalina
Bayaran balik lebihan cukai taksiran 2023, 2024 diselesaikan tahun ini - PM Anwar
Britain larang iklan makanan ringan di TV, platform digital mulai hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Daripada pensyarah ke pengembara dunia, Anita Yusof rentas 81 negara dengan motosikal

Bernama
Bernama
04/01/2026
08:00 MYT
Daripada pensyarah ke pengembara dunia, Anita Yusof rentas 81 negara dengan motosikal
Anita menyifatkan pengalaman tersebut sebagai sesuatu yang amat berbaloi dan berharga khususnya peluang mendekati budaya serta adat resam masyarakat pelbagai negara.
KUALA LUMPUR: Selepas lebih enam tahun mengharungi pelbagai liku dan cabaran di jalanan dunia, pengembara solo negara Anita Yusof berjaya merealisasikan impian menamatkan misi Global Dream Ride 2 baru-baru ini apabila menjelajah 81 negara dengan menunggang motosikal.

Ringkasan AI
  • Anita Yusof berjaya menamatkan misi Global Dream Ride 2 dengan menjejaki 81 negara, menaiki motosikal Yamaha FZ150i, menghabiskan hampir RM400,000, dan menekankan ujian ketahanan fizikal, mental, serta kepercayaan diri.
  • Pengembaraan Anita tidak terlepas dari cabaran, termasuk kesusahan mengeluarkan motosikal dari Ethiopia yang hampir membuatnya berputus asa, namun berkat usaha serta doa, dia berjaya meneruskan perjalanan hingga ke Jeddah.
  • Dari seorang pensyarah, Anita berubah menjadi adventure rider apabila krisis kehidupan mendorongnya untuk mengejar impian menjelajah dunia, meninggalkan pekerjaan untuk merentas empat benua dan 40 negara, menunjukkan keberanian dan tekadnya dalam mengejar cita-cita.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Mengeluarkan modal hampir RM400,000 bagi keseluruhan pengembaraan yang merangkumi destinasi mencabar seperti Cape Town di Afrika Selatan, Ethiopia di Afrika Timur, Mexico, Alaska dan Antartika, wanita berusia 58 tahun itu menyifatkan pengalaman tersebut sebagai sesuatu yang amat berbaloi dan berharga khususnya peluang mendekati budaya serta adat resam masyarakat pelbagai negara.
Menurut Anita, pengembaraan yang bermula dari 2018 hingga 2025 menunggang motosikal Yamaha FZ150i yang dianggap sebagai 'teman karib' itu bukan sekadar soal jarak atau destinasi, sebaliknya medan menguji ketahanan fizikal, mental dan kepercayaan diri.
Namun, tidak semuanya indah apabila wanita itu mengakui antara detik paling mencabar adalah ketika terkandas hampir tiga minggu di Ethiopia akibat masalah dokumentasi untuk mengeluarkan motosikalnya dari negara berkenaan, sehingga ada ketika beliau hampir berputus asa dan terfikir untuk meninggalkan kenderaan kesayangannya itu.
"Nak bawa keluar motor dari Ethiopia tu sangat-sangat susah sebab motor dah overstay disebabkan pandemik, sehingga pihak berkuasa nak rampas motor. Ia bagai mimpi ngeri, tetapi dengan doa, solat hajat, saya berjaya pujuk pegawai di sana untuk bawa keluar motor saya," katanya menambah perjalanan seterusnya diteruskan ke Jeddah.
Benar bak kata pepatah, selepas hujan adanya pelangi apabila Anita berpeluang menunaikan umrah selepas melalui dugaan tersebut walaupun pada awalnya berasa gentar dengan kawalan ketat negara itu yang tidak membenarkan wanita menunggang motosikal tetapi nasib menyebelahinya kerana dapat melepasi kesemua sekatan tanpa halangan.
Mengimbau detik awal pengembaraan, bekas pensyarah di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh itu berkata idea menjelajah dunia tidak pernah terlintas di fikirannya kerana bukan hanya tidak memiliki lesen motosikal, malah langsung tidak tahu menunggang.
Bagaimanapun krisis kehidupan dihidapnya pada 2012 mengubah segalanya apabila beliau terdorong untuk melakukan sesuatu yang disifatkannya sebagai "gila".
Menurut Anita, beliau terbaca sebuah blog ditulis seorang penunggang basikal Zahariz Khuzaimah mengenai pengalaman melancong di Kyrgyzstan berserta gambar-gambar cukup menarik membuatkan jiwanya bergelora untuk tahu cara ke sana.
Anita yang sebelum ini merupakan seorang pengembara backpacker berkata beliau menghubungi Zahariz untuk mendapatkan maklumat perjalanan, namun dimaklumkan kebanyakan lokasi berkenaan sangat terpencil dan hanya boleh diakses menggunakan kenderaan sendiri kerana tiada pengangkutan awam.
"Kalau hire a car or driver kosnya sangat tinggi, jadi saya cuba ajak my friends to join me ke Kyrgyzstan tapi mereka tak berminat sebab tak pernah dengar nama negara itu. Kemudian Zahariz cadang naik basikal tetapi saya rasa tak sesuai, kemudian dia bagi idea naik motor," katanya kepada Bernama.
Menurut wanita itu, 'idea nakal' untuk berjinak dalam dunia permotoran pada usia 44 tahun tiba-tiba muncul bagi merealisasikan hasratnya mengembara ke negara empat musim berkenaan.
"Pada 2012 saya mula belajar menunggang dan menjelajah sekitar Malaysia dahulu, kemudian ke negara jiran seperti Thailand, Kemboja dan Laos. Selepas setahun belajar menunggang baru saya betul-betul ke Kyrgyzstan, tapi bukan hanya Kyrgyzstan ketika itu saya turut cover lima negara iaitu Uzbekistan, Kazakhstan, Tajikistan dan Afghanistan," katanya.
Daripada seorang backpacker, Anita menjadi adventure rider. Pada 2015, beliau melakukan jelajah dunia pertamanya selama setahun dengan mengambil cuti tanpa gaji, merentasi empat benua dan 40 negara meliputi Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah dan Asia dengan jarak keseluruhan lebih 65,000 kilometer (km).
Tidak puas dengan pengembaraan dalam tempoh singkat, anak kelahiran Johor itu membuat keputusan bersara awal daripada perkhidmatan bagi membolehkannya menjelajah dunia tanpa terikat dengan waktu.
Berkongsi mengenai penginapan sepanjang berada di negara orang, Anita berkata beliau tidak bergantung pada penginapan hotel, sebaliknya menyesuaikan diri dengan keadaan setempat sama ada penginapan bajet, kawasan perkhemahan atau kediaman kenalan yang ditemuinya sepanjang perjalanan.
Bagi memastikan keselamatan dan kelangsungan hidup ketika merentas kawasan terpencil, beliau turut melengkapkan diri dengan peralatan asas termasuk bekalan minyak tambahan supaya tidak kehabisan petrol di tengah jalan.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah pengalaman mencabar yang dihadapi Anita Yusof semasa pengembaraan Global Dream Ride 2? A: Anita Yusof mengalami ketidaksempurnaan dokumentasi di Ethiopia yang hampir menyebabkan motosikalnya dirampas kerana pandemik COVID-19.
  • Q: Bagaimanakah Anita Yusof berjaya mengatasi masalah di Ethiopia untuk mengeluarkan motosikalnya? A: Anita Yusof berjaya mengatasi masalah tersebut dengan berdoa, solat hajat, dan berjaya memujuk pegawai di sana untuk membantu mengeluarkan motosikalnya.
  • Q: Mengapakah Anita Yusof berasa gentar ketika akan menunaikan umrah di Jeddah? A: Anita Yusof berasa gentar kerana negara itu tidak membenarkan wanita menunggang motosikal, namun dia berjaya melepasi sekatan tersebut tanpa sebarang halangan.
  • Q: Bagaimanakah krisis kehidupan pada 2012 mengubah pandangan Anita Yusof terhadap kehidupan? A: Krisis kehidupan pada 2012 menyebabkan Anita Yusof terdorong untuk melakukan sesuatu yang disifatkannya sebagai "gila" dan memulakan perjalanan pengembaraannya.
  • Q: Apakah yang mendorong Anita Yusof untuk menceburi dunia permotoran pada usia 44 tahun? A: Anita Yusof mula menceburi dunia permotoran pada usia 44 tahun selepas membaca blog mengenai pengalaman melancong di Kyrgyzstan dan menerima cadangan untuk menunggang motosikal daripada seorang penunggang basikal.

Topic Berkaitan
#Anita Yusof
#pengembara dunia
#pengembara solo
#adventure rider
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan