awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Lebih 42,000 tag VEP kenderaan Singapura belum diaktifkan setakat 29 Jun - JPJ
DUNIA
Cuaca buruk ganggu penerbangan di Sydney, amaran banjir dikeluarkan
DUNIA
Penggodam berkaitan Iran ugut dedah e-mel pembantu Trump, FBI lancar siasatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LIFESTYLE

Datuk Seri Vida runsing nama digunakan untuk promosi laman web lucah

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
17/04/2016
08:52 MYT
Datuk Seri Vida runsing nama digunakan untuk promosi laman web lucah
Vida harap orang ramai tidak tertipu dengan strategi tidak bertanggungjawab sesetengah pihak.
PENGASAS produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr.Hasmizah Othman atau Datuk Seri Vida, runsing apabila banyak pihak mula mempergunakan namanya untuk tujuan yang tidak baik.
Gara-gara isu akaun Facebook palsu yang menggunakan namanya menawarkan beg tangan mewah, nampaknya ia menjadi 'inspirasi' buat pihak yang tidak bertanggungjawab.
Menggunakan modus operandi yang sama, iaitu menawarkan hadiah barangan mewah, akaun-akaun Facebook palsu yang menggunakan nama Datuk Seri Vida ini akan meminta pengikut menekan satu pautan atau link.
Link yang ditekan itu bagaimanapun akan membawa pelayar ke laman web lucah.
Hai sayang semua Jangan terpedaya.. Ada pages Lucah dilinkkan untuk Buat pengumuman .. Tapi pages lucah . Apalah tujuan.. Jgn terpedaya
A photo posted by Dato Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on
Apr 16, 2016 at 6:24am PDT
Jgn klik post ni.. Ni ada agenda tersembunyi..
A photo posted by Dato Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on
Apr 16, 2016 at 6:25am PDT
Lebih teruk, ada juga pautan yang akan membawa bersama virus ke dalam komputer atau telefon pintar.
Dalam status di Instagram, Datuk Seri Vida memaklumkan akaun Facebook miliknya terpaksa dinyahaktifkan buat masa ini. Justeru hanya maklumat di akaun Instagram disahkan sebagai rasmi dan benar.
Mohon perhatian sayang semua.. Segala perkembangan saya boleh follow instagram saya disini sahaja.. Sebarang pembelian hoyline blh hubungi talian hotline kami.. tq.
A photo posted by Dato Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on
Apr 15, 2016 at 1:08am PDT
Beliau juga menyatakan rasa kesal dan tidak faham mengapa ada pihak yang sanggup berbuat demikian.
Ya Allahhh.. Banyaknya ac FAKE Facebook Jadi Dato Seri Vida . Apa tujuan?.. JGN TERTIPU.... SSaya sendiri tak bole buka FB saya..
A video posted by Dato Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on
Apr 16, 2016 at 6:30am PDT
Ada org yg telah Menggunakan nama saya Membuat AC FAKE fb atas nama Datoserivida dgn tawaran nak bg Percuma handbag LV Chanrel.. Akhirnya share pages lucahh
A video posted by Dato Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on
Apr 16, 2016 at 6:35am PDT
Stresss.. Jgn buka pages tawaran hadiah Dari saya.. Oleh mereka yg tidak bertanggungjawab.. Yg linkkan pengumuman pemenang.. Ke pages...????? Tolong share kat sayang sayang lain tu.. Follow ig saya Datoserivida Untuk sebarang pengumunan dan Info..
A video posted by Dato Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on
Apr 16, 2016 at 6:40am PDT
Beberapa hari lalu, kecoh apabila sebuah akaun Facebook palsu menggunakan nama Datuk Seri Vida menawarkan pemberian beg tangan berjenama Louis vuitton secara percuma kepada pengikut mereka.
BACA: Datuk Seri Vida akui ada niat hadiahkan barangan mewah kepada pengikut
Topic Berkaitan
#beg tangan
#Datuk Seri Vida
#Facebook
#Louis Vuitton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami