awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Wanita rugi RM166,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian
Maruah ATM perlu terpelihara, jangan samakan kesalahan individu - RAFOC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Demi keluarga, pengatur cara komputer pilih tinggal dalam kereta untuk jimat

Agensi
Agensi
20/10/2025
05:45 MYT
Demi keluarga, pengatur cara komputer pilih tinggal dalam kereta untuk jimat
Yin memilih untuk tinggal dalam kereta selama tiga tahun di Beijing. - Gambar/ SCMP/ Douyin
SEORANG pengatur cara komputer berusia 38 tahun dikenali sebagai Yin memilih untuk tinggal di dalam kereta selama tiga tahun di Beijing demi menjimatkan kos hidup dan menyara keluarganya yang menetap di Tianjin.

Ringkasan AI
  • Seorang pengatur cara berusia 38 tahun dikenali sebagai Yin memilih untuk tinggal dalam kereta selama tiga tahun di Beijing bagi menjimatkan kos hidup dan menyara keluarganya di Tianjin.
  • Beliau mengubah suai kereta elektrik menjadi ruang kediaman lengkap dengan katil, dapur kecil dan sistem karaoke, serta menjalani rutin harian seperti memasak, bersiar-siar dan menulis program komputer.
  • Kos hidupnya kini jauh lebih rendah berbanding menyewa rumah, namun cabaran utama ialah akses kepada tandas dan bilik mandi, selain berulang-alik sejauh 130 kilometer setiap minggu.

Beliau berulang-alik sejauh 130 kilometer setiap minggu, memulakan perjalanan seawal 5.30 pagi setiap Isnin dan pulang ke rumah setiap Jumaat, lapor South China Morning Post.
Yin sebelum ini menyewa flat dengan kos 2,500 yuan (RM1,525) sebulan, namun sejak pertengahan 2022, beliau beralih kepada kereta elektrik yang lebih luas dan mengubah suai bahagian dalamnya menjadi ruang kediaman lengkap dengan katil, dapur kecil dan sistem karaoke.
Beliau menyifatkan pengalaman tinggal dalam kereta sebagai tidak jauh berbeza dengan menginap di hotel, selagi terdapat stesen pengecasan yang mudah diakses.
Rutin hariannya termasuk bangun awal, bersiar-siar di taman, memasak sarapan menggunakan periuk elektrik, menonton televisyen, menyanyi karaoke dan menelefon keluarga.
Yin juga menulis program komputer sebagai aktiviti sampingan dan biasanya tidur sekitar jam 10 atau 11 malam.
Cabaran utama yang dihadapi ialah akses kepada tandas dan bilik mandi. Pada musim panas, beliau mandi menggunakan air dari tangki dalam kereta, manakala pada musim sejuk, beliau pulang ke Tianjin pertengahan minggu dengan menaiki kereta api dan kembali ke Beijing keesokan harinya.
Kos hidupnya kini jauh lebih rendah, dengan tol sekitar 400 yuan (RM244) dan caj pengecasan di bawah 300 (RM183) yuan sebulan.
Tiket kereta api pula berharga kira-kira 100 yuan (RM61) sekali jalan. Yin turut berkongsi bahawa beliau gemar berkhemah dan sering membawa keluarga bercuti dengan tidur di dalam kereta.
Kisah Yin mencetuskan perbincangan hangat di media sosial China, dengan ramai memuji semangat dan pengorbanannya demi keluarga, manakala sebahagian lain menyuarakan kebimbangan terhadap keselesaan dan kesihatan dalam jangka panjang.
Topic Berkaitan
#tinggal dalam kereta
#China
#jimat sewa rumah
#pengorbanan bapa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan