GAYA HIDUP
Derma darah: Setiap titis amat bermakna

Menderma darah adalah satu tanggungjawab sosial yang amat digalakkan dalam kalangan masyarakat di negara ini. -Gambar fail
BAYANGKAN senario ini: Ahli keluarga anda terdesak memerlukan bekalan darah namun jenis darah yang diperlukan tiada kerana kehabisan stok.
Apa yang boleh anda lakukan?
"Kalau kita tidak menderma darah, dari mana akan datangnya darah tersebut?"
“Bekalan darah itu perlu datang dari rakyat dan sehingga ke hari ini, tiada darah sintetik dihasilkan," kata Dr Norhayati.
Tambahnya, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula bertanggungjawan memastikan bekalan darah mencukupi dan selamat digunakan.
"Sebab itulah kita perlu menderma darah. Kita tidak eksport atau import darah. Rakyat kita sendiri yang kena derma darah untuk kegunaan satu sama lain,” ujarnya lagi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami