awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RM4.42 juta SHAKAM disalur kepada pemenang Sukan SEA, Para ASEAN 2025
Lebih 9,300 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel sehingga Februari 2026
Polis tumpaskan sindiket pelaburan kripto tidak wujud di Melaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Di sebalik Movember: Apa anda perlu tahu tentang kanser prostat

Ehsan A Marisah
Ehsan A Marisah
16/11/2020
03:08 MYT
Di sebalik Movember: Apa anda perlu tahu tentang kanser prostat
Biarpun dianggap kurang bahaya jika dibandingkan dengan kanser utama lain, jika dibiarkan kanser prostat tetap boleh membawa maut.
KUALA LUMPUR:Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan 2019 meletakkan kanser prostat sebagai kanser ketiga paling kerap berlaku dalam kalangan kaum lelaki di Malaysia.
Ia turut menekankan bahawa 60 peratus yang didiagnosis dengan kanser itu berada pada tahap tiga dan empat manakala 40 peratus lainnya pada tahap satu dan dua.
Di Singapura, statistik kes kanser prostat jauh lebih rendah yang merekodkan 25 hingga 30 peratus manakala Amerika Syarikat yang kurang daripada 20 peratus.
Pemeriksaan kesihatan secara berkala adalah kaedah terbaik untuk mengesan kanser prostat pada peringkat awal atau memilih ujian Antigen Spesifik Prostat (PSA) untuk memeriksa kesihatan prostat mereka.
Namun, masih ramai kaum lelaki yang masih tidak untuk melakukan pemeriksaan awal selain pelbagai stigma yang bermain di sekeliling mereka.
Sempena kempen Kesedaran Kesihatan Lelaki yang disambut setiap November, adalah penting untuk memberi kesedaran awal dan pendidikan kepada mereka dan masyarakat mengenai kanser prostat.
Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia, lebih 60 peratus kes kanser prostat di negara ini didiagnosis pada peringkat sudah serius iaitu pada tahap tiga dan empat.
Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia, lebih 60 peratus kes kanser prostat di negara ini didiagnosis pada peringkat sudah serius iaitu pada tahap tiga dan empat.
Sertai kami dalam diskusi secara mendalam menerusi webinar AWANI - The New Normal Series S18 membincangkan isu “Di Sebalik November: Apa Anda Perlu Tahu Tentang Kanser Prostat”.
Daftar sekarang di www.linc.astroawani.com pada 18 November 2020 ini, jam 11 pagi.
Panel yang akan menyertai sesi dikendalikan oleh Ketua Pengarang Astro AWANI, Kamarul Bahrin Haron dan Pengacara Astro Gempak, Daniel Cheang ialah Pemandiri Kanser Prostat, Datuk Sri Nazir Razak; Pakar Perunding Urologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Prof. Dr. Ong Teng Aik dan Pakar Onkologi Klinikal, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Prof. Dr. Marniza Saad.
Topic Berkaitan
#kanser prostat
#prostat
#kanser
#lelaki
#Malaysia
#Singapura
#Amerika Syarikat
#kempen Kesedaran Kesihatan Lelaki
#pendidikan
#Kesedaran
#Movember
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan