awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dikutuk kulit 'macam Afrika', Haneesya ambil jadi motivasi

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
06/12/2018
14:45 MYT
Dikutuk kulit 'macam Afrika', Haneesya ambil jadi motivasi
Selama tiga tahun menceburi bidang peragaan dan lakonan, Haneesya mengakui itu lumrah yang dihadapinya.
Seringkali kita lihat produk-produk kecantikan mempromosikan tentang kecantikan seseorang wanita itu adalah terletak pada warna kulitnya.
Semakin putih wanita itu, semakin cantik dia di mata masyarakat.
Bagi model, pelakon dan Finalis Dewi Remaja Haneesya Hanee, itu antara stigma yang disuapkan kepada masyarakat yang menjadi cabaran kepadanya ketika mula-mula melangkah masuk ke bidang streotaip itu kerana fizikalnya yang berkulit gelap.
Selama tiga tahun menceburi bidang peragaan dan lakonan, Haneesya mengakui itu lumrah yang dihadapinya, bukan sahaja dari pandangan malah hampir setiap hari dia menerima mesej kecaman warna kulit.
Baru-baru ini pelakon drama popular ‘Cik Reen Mr Ngok Ngek’ ini didatangi lagi mesej berbaur hinaan dari seorang remaja wanita belasan tahun.
“Gadis yang DM Hanee itu masih budak dan dia pun saya tengok bersukan serta berkulit gelap. Saya sedih dia mengeluarkan kata kata seperti ‘Hitam macam orang Afrika’, dia seorang wanita dan dia mengutuk wanita yang lain pada umur yang masih muda,” jelasnya kepada Astro AWANI.
View this post on Instagram
The recent Dm yg hanee dapat. “Buduh hitam, Macam Africa” (budak sekolah lagi gurl pulak tu) Okay firstly u mengeja pun tak betul. Secondly, Why Not dik hitam cam Africa punnnnnnnnnnnnnn Akk ni bangga lahai dpt kulit hitam cam Africa nii Sebab kulit hitam ni la akk boleh cari rezeki untuk family akk.
Bagi Hanee atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya Sayed Sahlan, penghinaan yang diterimanya bermaksud mereka juga menghina ciptaan Allah.
Tidak mudah kecewa, Hanee menggunakan kata-kata itu sebagai satu semangat untuk dia mencapai apa dicita-citakan.
Dalam masa yang sama, Hanee yang baru berusia 18 tahun juga membawa solidariti kepada wanita-wanita yang ‘dibuli’ stigma masyarakat di Twitternya.
Jelas Hanee, itu antara usaha yang dia lakukan demi memberi motivasi kepada ramai wanita untuk tidak terus berasa murung sebaliknya bangkit dan yakin bahawa apa pun warna kulit dan paras rupa punya kecantikannya yang tersendiri.
To those who is never confident about their skin colour or even confident with their self, I want you to comment with ur picture n say why your not confident n then say The nicest thing about yourself like Im short but I look pretty cute in any outfit! pic.twitter.com/zPWXwP3fdc
— HaneesyaHanee (@HaneesyaHanee) December 5, 2018
Hey shameera! Your so cute!!! https://t.co/k6p1ddnYmL
— HaneesyaHanee (@HaneesyaHanee) December 5, 2018
For me cubby girls can be cute n sexy in the same time! Im proud that you do tell yourself your gorgeous! Thats the spirit girl! Keep going https://t.co/FvFv88zioq
— HaneesyaHanee (@HaneesyaHanee) December 5, 2018
Cute , petite n curvy girl! Even u say that, u still dare to take good photos means that you are confident girl! Keep it up ! Never let anyone take that spirit away from you!! https://t.co/oKqWGvBeh9
— HaneesyaHanee (@HaneesyaHanee) December 5, 2018
Topic Berkaitan
#Dewi Remaja 2018
#Haneesya Hanee
#model
#pelakon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan