PADA tahun 2014, bintang pop dan pelakon Hollywood, Lady Gaga mendedahkan buat pertama kali bahawa beliau merupakan seorang mangsa rogol.

Drama hitam dalam kehidupannya itu berlaku pada dirinya pada usia 19 tahun dimana dia telah dirogol oleh seorang penerbit tempat beliau bekerja pada ketika itu.

Baru-baru ini, Ladi Gaga berkongsi pengalaman bagaimana insiden itu mencabar dirinya untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang mangsa rogol pada ceramah New York TimesTalks.

Ceramah itu dianjurkan untuk mempromosi sebuah dokumentari berhubung kes rogol di kampus, ‘The Hunting Ground’.

Difahamkan, dokumentari itu juga menampilkan lagu olahan Gaga berdasarkan kisah sebenar, ‘Till It Happens To You'.

Menurut Gaga, beliau telah merahsiakan insiden itu selama 7 tahun kerana tidak berani untuk menyuarakan apa yang berlaku pada dirinya.

"Saya tidak tahu bagaimana untuk menerimanya, bagaimana untuk tidak menyalahkan diri sendiri atau berfikir jika ia adalah kesilapan saya.

“Oleh kerana gaya pakaian saya dan sifat yang provokatif, saya sering tertanya jika perkara ini berlaku atas kesilapan diri saya sendiri.

“Bagaimanapun, kejadian itu telah mengubah kehidupan saya, ia mengubah diri saya, ia mengubah badan saya, ia juga telah mengubah fikiran saya,” kata Lady Gaga.

Gaga, juga menekankan "sakit fizikal" yang sering dialami oleh mangsa serangan seksual, dimana kesan sampingan mereka jarang diperkatakan.

“Mereka bukan sahaja mengalami tekanan emosi dan mental, tetapi mereka juga berhadapan dengan kesakitan fizikal akibat didera, dirogol,” katanya.

Menurut Lady Gaga, dia tidak mahu menjejaskan kehidupannya kerana perbuatan orang lain, jadi dia bertindak untuk berhadapan dengan segala tekanan yang dialami untuk meneruskan kehidupannya seperti wanita yang lain.

"Saya telah mengambil tanggungjawab terhadap kesakitan dialami dan semua perkara yang saya telah lakukan kerana perselisihan diri sendiri,” kata Lady Gaga.

Ceramah itu turut disertai oleh penulis lagu Diane Warren, penulis dan pengarah Kirby Dick dan penerbit filem Amy Ziering, yang juga berkolabarasi dalam dokumentari Ground Hunting itu.