awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olimpik Paris: Lady Gaga, Celine Dion buat penampilan di upacara pembukaan

Bernama
Bernama
26/07/2024
00:20 MYT
Olimpik Paris: Lady Gaga, Celine Dion buat penampilan di upacara pembukaan
Mereka berdua dilaporkan akan menyanyikan lagu Edith Piaf "La Vie en Rose" sebagai penutup acara pembukaan yang pertama kali diadakan di luar stadium.
LONDON: Lady Gaga dan Celine Dion dijangka tampil di tebing Sungai Seine pada malam Jumaat, dalam satu upacara pembukaan Olimpik Paris yang unik, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Mereka berdua dilaporkan akan menyanyikan lagu Edith Piaf "La Vie en Rose" sebagai penutup acara pembukaan yang pertama kali diadakan di luar stadium.
Delegasi pasukan akan belayar dari Jambatan Austerlitz menuju Trocadero, bersebelahan Menara Eiffel.
Dion, penyanyi Perancis-Kanada, menerusi catatan di X, menyatakan kegembiraannya untuk kembali ke Paris.
Every time I return to Paris, I remember theres so much beauty and joy still to experience in the world. I love Paris, and Im so happy to be back! Thank you to our wonderful friends at The Louvre! Celine xx PC: Laura Gilli pic.twitter.com/Mg9LVs9X8q
— Celine Dion (@celinedion) July 24, 2024
Persiapan untuk upacara ini telah berjalan selama berbulan-bulan, dengan sungai Seine kini dipagari untuk keselamatan.
Peminat yang memiliki tiket akan duduk di tempat khas di tebing sungai, dan acara ini akan disiarkan melalui 80 skrin besar di seluruh Paris.
Juara Olimpik Tom Daley dan Helen Glover akan memimpin kontinjen Team Great Britain, berharap untuk memenangi rekod 70 pingat.
Upacara Olimpik Paris pada 1924 diadakan di Stadium Olimpik di Colombes, disertai 3,089 atlet, dengan hanya 135 wanita.
"Pada mulanya, ini kelihatan seperti rancangan yang tidak masuk akal, tetapi kami memutuskan untuk merealisasikannya," kata Presiden Perancis Emmanuel Macron, yang memimpin projek ini
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan Olimpik Paris 2024
#Lady Gaga
#Celine Dion
#upacara pembukaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan