awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dota 2: Tindakan Fnatic memang kejam dan menyedihkan - Ohaiyo

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
15/01/2018
08:26 MYT
Dota 2: Tindakan Fnatic memang kejam dan menyedihkan - Ohaiyo
Ohaiyo turut menyatakan kekecewaannya apabila mengatahui pemain lain sudah tahu dia akan digantikan tidak kira mereka menang atau kalah pada pusingan akhir kelayakan ke ESL One Katowise itu. - Foto Facebook / Ohaiyo
Pemain professional e-sukan Dota 2 Malaysia, Ohaiyo atau nama sebenarnya Khoo Chong Xin mengakui terkilan dengan tindakan pasukan Fnatic yang menggantikan posisinya dengan bekas pemain Evil Geniuses, Saahil Arora (UNiVeRsE).
Dakwa Ohaiyo, tindakan Fnatic itu kejam dan menyedihkan memandangkan keputusan itu dibuat selepas pasukan tersebut baru sahaja melayakkan diri ke kejohanan ESL One Katowice pada Februari depan.
“Kami mengadakan makan malam untuk meraikan kemenangan itu. Selepas selesai majlis makan malam itu saya diberitahu jurulatih Fnatic, Adam Shah dan pengurus Eric Khor yang saya akan digantikan dengan UNiVeRsE.
“Mereka juga maklum UNiVeRsE sudah tiba di Malaysia sehari sebelum perlawanan kami dan TnC, iaitu pada Khamis lalu,” katanya menerusi Facebooknya sendiri.
BACA: Dota 2: Ohaiyo sah tinggalkan Fnatic
Ohaiyo turut menyatakan kekecewaannya apabila mengetahui pemain lain sudah tahu dia akan digantikan tidak kira mereka menang atau kalah pada pusingan akhir kelayakan ke ESL One Katowise itu.
“Ada sebilangan pemain sudah tahu mengenai keputusan Fnatic itu, beberapa hari sebelum saya dimaklumkan. Saya hanya tahu pada Jumaat malam.
“Sepatutnya mereka tidak layak untuk ke ESL One Katowise dengan tindakan ini,” tambahnya.
Jelas Ohaiyo, dia tidak kecewa digantikan dengan pemain lain namun kecewa sikap ahli pasukannya yang dilihat mempergunakan usaha orang lain untuk kepentingan diri sendiri.
Sejak 2015, Ohaiyo merupakan antara tonggak utama Fnatic selepas pasukan itu membuat kemunculan semula dalam arena e-sukan.
Antara sumbangan terbesar Ohaiyo bersama Fnatic adalah ketika pasukan tersebut mendapat tempat keempat kejohanan terbesar dunia Dota 2, The International 2016 yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM5.7 juta.
Topic Berkaitan
#Dota 2
#ESL One Katowice
#fnatic
#Khoo Chong Xin
#ohaiyo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan