Unik dan cantik. Inilah hasilnya apabila kasut berjenama 'diubah suai' secara kreatif menjadi seolah-olah ia rekaan eksklusif.
Kosnya mungkin tinggi, malah mungkin lebih mahal daripada harga kasut itu sendiri, tetapi pemakainya mungkin melihat kepada kepuasan sehingga sanggup menghabiskan sejumlah wang yang besar.
Antara yang terlibat dengan aktiviti itu ataupun lebih dikenali sebagai 'sneaker artist' adalah Mohd Hanafi Ashraf Mohamadon atau lebih dikenali Epy Ashraf.
Epy Ashraf, 31, yang menceburi bidang pengubahan kasut sejak setahun lalu, membuka perniagaan sendiri di bawah nama Rue.street di Jalan Sri Prima Gombak dan telah mengubah lebih 100 pasang kasut berjenama.
Lebih istimewa, pelanggan berpeluang terlibat secara langsung dengan proses 'membentuk' dan mengubah kasut mengikut cita rasa mereka.
Untuk setiap kasut, pelanggan diberi pilihan warna bagi membentuk gaya tersendiri seperti gabungan warna-warna berpadanan yang tidak terlalu 'meriah' selain mengekalkan ciri klasik pada setiap kasut mereka.
"Custom (pengubahan) kasut kini jadi kegilaan dan trending...ada orang sanggup berbelanja banyak sehingga ratusan ringgit mahupun ribuan ringgit untuk mengubah kasut ikut cita rasa sendiri kerana ingin nampak lain daripada orang lain," katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.
Antara rekaan menarik adalah kasut berjenama Adidas, Nike dan Asics, yang akan diubah oleh pelanggan mengikut pilihan warna pelanggan menggunakan teknik 'airbrush color' iaitu mewarna kasut menggunakan 'airbrush gun'.
Bagi memberi ketahanan kepada kasut selain mengelak daripada merekah atau pecah, beliau menggunakan sejenis cecair 'acryic leather paint' dan setiap kasut akan mengambil masa lima hingga 10 hari untuk menyiapkan proses itu.
"Harga yang dikenakan kepada pelanggan antara RM150-RM300 bagi sepasang kasut, bergantung kepada pilihan mereka yang kebanyakannya memilih untuk tukar warna kasut, tapak atau meletakkan nama atau initial," katanya yang mempelajari teknik-teknik mengubah kasut dari YouTube dan Google.
Antara jenis kasut yang menjadi kegilaan dalam kalangan penggemar 'custom kasut' ialah 'trainer' dan 'jogger' terdiri daripada golongan pelajar sekolah hingga yang berumur 40-an, dan beliau pernah menerima pelanggan dari Jerman dan Filipina.
"Saya menerima tempahan berdasarkan 'service on demand' seperti ada yang menghantar untuk mereka kasut hantaran, selain khidmat dobi kasut dan memperbaharui kasut lama," katanya yang berasal dari Kota Tinggi, Johor.
Sementara itu, seorang pelanggan tetap dan juga pengumpul tegar koleksi kasut-kasut Adidas, Ide Adol, 36, berkata perkhidmatan yang ditawarkan Epy Ashraf dapat mengubah kasut-kasut lama dalam koleksinya agar lebih tahan lama dan jarang di pasaran.
"Epy ibarat doktor kasut yang dapat 'mengubat' kasut lama jadi baharu dan saya dapat simpan dalam koleksi 'muzium' kasut saya," katanya yang mempunyai kira-kira 200 pasang kasut vintage berjenama Adidas.
Seorang lagi peminat kasut custom yang mahu dikenali sebagai Mapie, 33, berkata Epy Ashraf mengenakan harga yang berpatutan pada setiap kasut yang ingin diubah.
"Saya suka pada kasut 'custom' yang dia buat teknik 'airbrush color' yang menepati trend orang muda," katanya.
Epy Ashraf yang memiliki Diploma Lanjutan Kejuruteraan Awam juga kini berjinak-jinak mereka kasut wanita dan memasang impian untuk mengeluarkan kasut wanita berjenama sendiri.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan khidmat Epy Ashraf boleh menghubunginya menerusi IG: rue.street dan Facebook epyashraf.
-- BERNAMA