Ejekan dan penghinaan berubah menjadi sanjungan selepas gambarnya bersama sekawan kerbau tular di media sosial dan mendapat reaksi positif segenap lapisan masyarakat.
Bagi pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin, di sini, Muhammad Syukur Khamis, 14, gambar dirakam jurufoto Mohd Nazri Sulaiman yang menerima anugerah antarabangsa itu mengubah hidupnya dalam sekelip mata.
Ada yang menggelarkannya Kampung Boy, Budak Koboi malah Budak Kerbau.
Menurut anak bongsu daripada lapan beradik dari Kampung Kubang Bujuk, Kuala Terengganu ini, kisahnya itu turut mendapat perhatian pihak sekolah.
“Hari itu mereka ada mengejek kakak saya, orang gelar ‘Ain Kuba’ (Ain Kerbau). Lepas itu pun saya pun (diejek) di sekolah. Sekarang ini mereka baharu sedar, baharu mengaku itu kampung mereka sendiri. Padahal hari itu tidak mengaku pun kampung sendiri,” katanya ketika ditemui Astro AWANI hari ini.
Sementara itu, ayah Muhammad Syukor, Khamis Jusoh, 63, mengakui terpaksa melayani kunjungan dan panggilan telefon dari pelbagai pihak selepas gambar keakraban anaknya dengan kerbau menjadi perhatian netizen seluruh dunia.
“(Panggilan) Tidak ada masalah bagi saya, tetapi sumbangan itu diperlukan, tak akan nak duduk berselut begini. Tengok tempatnya mana sesuai untuk pelancong duduk.
“Maklumlah kalau orang luar negara macam ‘Mat Saleh’ datang takkan mereka hendak duduk dalam lumpur macam ini. Adalah tempat mana untuk dia selesa sikitlah duduk. Soal masuk dalam kandang tu dah biasa dah kerbau main lumpurkan, itu saya rasa tidak ada masalah,” katanya.
Menurut Khamis lagi, selain kerbau, dia juga memelihara lembu, kambing dan angsa yang diwarisi dari arwah bapanya dan berharap anak-anaknya akan meneruskan usaha berkenaan.
Gambar Syukur bersama sekawan kerbau itu menjadi tular di media sosial setelah menjadi juara peringkat Asia selain turut tersenarai 20 gambar terbaik dunia.
Malah, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut melahirkan kekagumannya dengan kejayaan itu dan menyifatkan hubungan Syukur dengan kerbau itu hasil perasaan halus masing-masing yang dijelmakan dengan perbuatan kebersamaan seolah-olah zahir sebuah rahmah antara manusiawi dan haiyawani.
Astro Awani
Sat Jan 12 2019
Bagi pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin, Muhammad Syukur Khamis, 14, gambar dirakam jurufoto Mohd Nazri Sulaiman benar-benar mengubah hidupnya. - Foto via Bernama
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
'Mowgli Malaysia' buka bengkel motosikal
Bengkel diusahakan bersama abangnya pada Jun lepas, setelah menamatkan kursus enam bulan dalam bidang Teknologi Motosikal di Pusat GiatMARA.
Kandang kerbau keluarga Syukur diisytihar kawasan larangan
Hanya pemilik kandang dibenarkan memasuki kawasan tersebut, bagi mengelak jangkitan penyakit hawar berdarah ke kawasan lain.
'Budak Kerbau', Muhammad Syukur, dikejarkan ke hospital setelah jatuh dari kerbau
Remaja dikatakan terjatuh ketika melompat dari belakang seekor kerbau untuk berpijak di atas seekor kerbau yang lain.
Dulu hina, ejek saya dengan kakak, kini... - 'Budak koboi'
Ejekan dan penghinaan berubah menjadi sanjungan selepas gambarnya tular di media sosial dan mendapat reaksi positif segenap lapisan masyarakat.