Facebook sering dipersalahkan dalam hal seperti hilang tumpuan, meningkatkan tekanan dan penyakit obesiti, namun seorang penyelidik baru-baru ini telah menerbitkan satu kajian yang menyatakan bahawa laman web sosial itu dapat mewujudkan kesan positif ke atas psikologi kehidupan.

Kajian 'Kelakuan & Teknologi Maklumat' membuat penyelidikan ke atas peranan Facebook di dalam kehidupan 800 pelajar dari tujuh universiti di Afrika Selatan.

Apa yang penyelidik dari Universiti Cape Town mendapati ialah penggunaan Facebook dapat merapatkan, menghubungkan dan mengekalkan tahap modal sosial dan rangkaian.

Modal sosial didefinisikan sebagai "sumber" atau aset yang terkumpul melalui perkembangan hubungan, sama ada nilai, kepercayaan dan sikap atau tahap kehidupan sosial mereka dan penglibatan sosial itu sendiri.

Manakala merapatkan modal sosial pula diertikan sebagai hubungan antara kenalan iaitu ikatan yang digunakan untuk menggambarkan hubungan keluarga yang rapat dan kawan.

Purata masa penggunaan Facebook dikalangan pelajar ialah dalam lingkungan 10 dan 30 minit sehari.

Walaubagaimanapun, banyak pandangan dan pendapat mengenai kebaikan dan keburukan Facebook.

Sebagai contohnya, Penyelidik di University of Edinburgh Business School, mendapati bahawa mereka yang mempunyai bilangan rakan-rakan Facebook yang banyak, lebih berpotensi untuk mendapat tekanan.

Penulis juga menyatakan risiko yand ada jika menambah majikan atau ahli keluarga ke dalam senarai rakan Facebook kerana ia akan melibatkan kehidupan peribadi seseorang.