awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga lelaki lepas, bebas tuduhan edar 96kg dadah
'Biarkan mahkamah tentukan permohonan Petronas' - Abang Johari
AirAsia X dinamakan semula sebagai AirAsia pada 19 Januari - Tony Fernandes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Faktor penting untuk dinilai sebelum membeli pokok hiasan rumah anda

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
01/06/2020
11:00 MYT
Faktor penting untuk dinilai sebelum membeli pokok hiasan rumah anda
Membela pokok hiasan atau memiliki tanaman pokok di rumah adalah cara baik untuk menghidupkan suasana atau tenaga ke dalam rumah. - Facebook @ Deko-Deko Impian Malaysia
SEPANJANG tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan melebihi dua bulan ini, pelbagai trend mula diceburi oleh mereka yang berada di rumah.
Banyak masa lapang, sudah tentu ada sahaja yang ingin 'diusik' atau dicuba, daripada mereka yang tidak reti memasak, disebabkan PKP ini mereka sudah memulakan perniagaan dengan menjual makanan yang ‘dicuba-cuba’ dimasak pada sebelum ini.
Ada juga yang sebelum ini tidak pernah menghiraukan tentang hiasan kediaman rumah atau bilik, kini boleh dikatakan lebih ramai warga Malaysia mempunyai bilik yang dihias seakan-akan sebuah tempat percutian di dalam rumah.
Dalam keasyikan dan kesungguhan menghias rumah itu juga, ada beberapa golongan tidak kira kaum lelaki mahupun perempuan, cuba untuk membeli dan membela pokok hiasan.
Ini kerana, dengan membela pokok hiasan atau memiliki tanaman pokok di rumah adalah cara baik untuk menghidupkan suasana atau ‘tenaga’ ke dalam rumah.
Pokok-pokok yang ingin diletakkan di dalam rumah ini bukannya boleh dipilih mengikut sesuka hati, berikut adalah beberapa faktor yang yang perlu dipertimbangkan semasa memilih tanaman dalaman yang sesuai untuk anda dan rumah anda:
View this post on Instagram
Two of the easiest indoor plant to take care of. Just place it in water and it'll grow. . #philodendron #photos #variegated .
A post shared by My Little Forest (@mylittleforestkl) on
Dec 21, 2019 at 10:53pm PST
Kos penyelenggaraan
Benar, untuk membela pokok pun anda perlu memikirkan dari segi kos penjagaannya sendiri. Ini kerana, pokok-pokok itu juga makhluk yang memerlukan kepentingan udara dan air seperti manusia.
Nilai semula, berapa banyak masa terluang anda untuk diluangkan kepada kehidupan tersebut. Sekiranya anda jarang berada di rumah, kemungkinan tanaman itu tidak akan membesar dengan baik kerana ada yang memerlukan tahap penyiraman, penggemburan dan penempatan semula yang lebih tinggi.
View this post on Instagram
May 4th. Day 48. Dear Malaysians... all the best for today! My prayers are with those who need to earn a living, for the survival of their beloved ones. For the rest of you, if you want to be out there (for the thrill of hmmmphh don’t know what), please use your brains wherever you go yeah. I chose not to suffocate in absurdness, so I’m staying home. . #HamzTravels #SetiapDestinasiAdaCerita
A post shared by A.H. Hamzah (@hamztravels) on
May 3, 2020 at 4:23pm PDT
Saiz tanaman bergantung kepada ruang kediaman anda
Sebilangan tumbuh-tumbuhan dalaman boleh tumbuh setinggi sepuluh kaki, jadi penting untuk memastikannya sesuai dengan ruang kediaman anda untuk mengelakkan berlakunya ruang yang sesak sehingga boleh membuatkan anda mengabaikan tanaman tersebut.
View this post on Instagram
Hikmah yang tersemat dibalik perintah sang pemerintah.. #pkp #deco #decoration #plantparenthood
A post shared by abeyae (@abeyae) on
May 30, 2020 at 6:52pm PDT
Pencahayaan yang mencukupi
Pastikan tempat tinggal anda mempunyai sumber cahaya semula jadi yang cukup, ini kerana sebilangan besar tanaman rumah tertutup berkembang dengan cahaya semula jadi. Cukup baik jika anda mempunyai ruangan balkoni atau tingkap bilik yang terdedah kepada matahari.
View this post on Instagram
How are u guys holding up with the new normal? Arranging and rearranging plants are my new hobby. On a side note my plants are happier they're getting more attention than ever. #cocolobauvifera #plantthrucovid19 #house_plant_community #indoorplantsdecor #plantstyling #plantsmakepeoplehappy #indonesiaplantclub #urbanjunglebloggers #ibutanaman #houseplantopia #plantpotters #iplanteven #officialplantfever
A post shared by alfatika adini (@comeenatcha) on
May 21, 2020 at 10:23pm PDT
Ini diantara beberapa lagi aspek yang perlu diperhatikan sebelum membeli dan menjaga pokok :-
Jika terlalu banyak
• Daun / bunga kering akan gugur • Warna pudar • Daun / bunga yang terkulai
Jika terlalu sedikit
• Berkembang perlahan dan cepat dalam mencari cahaya • Daun kecil dan pertumbuhan yang lemah • Bunga tidak mekar
Sebaik anda memiliki tanaman yang menepati citarasa anda, ini tip bagi penjagaannya pula yang disediakan oleh PropertyGuru :-
Pastikan aliran air pokok terjaga
Bagi anda yang tidak tahu, jangan siram air terlalu banyak kerana tidak bermakna makin banyak anda siram, pokok makin sihat. Jika terlebih air, ia akan terkumpul dalam tanah dan menyebabkan akar pokok reput.
Siram air dengan secukup rasa
Satu petua yang anda boleh ikut untuk semua jenis pokok adalah memastikan tanah tersebut agak kering sebelum anda menyiram.
Biasanya, anda boleh siram sehingga sedikit air berlebihan naik kembali ke atas tanah. Bila air keluar daripada bawah pasu ke piring tempat letak pasu tersebut, pastikan anda buang air supaya ia tak menyebabkan akar pokok anda mereput.
Kemaskan daun dan tanah
Bersihkan tanah daripada daun-daun kering supaya ia tidak menarik sebarang serangga. Perhatikan juga mana-mana daun yang hampir mati, dan cantas ia supaya nutrien akan pergi ke daun-daun yang memerlukannya.
Tips yang lain, sekiranya anda mempunyai ahli keluarga yang muda di dalam rumah, jangan hiasi rumah anda dengan tanaman berduri. Ini kerana kemalangan boleh berlaku!
Begitu juga, jika anda mempunyai anjing, jangan bela tanaman yang beracun. Sekali lagi, maklumat ini harus dijelaskan pada kebanyakan label tanaman, atau tanyakan kepada pakar di pusat kebun tempatan anda.
BACA: Ingin tambah seri pada kediaman? Ini 5 pokok 'indoor' anda patut bela
BACA: Anda akan berpindah dalam masa terdekat? Ini tujuh tip untuk anda
BACA: Rindu untuk bercuti? Ini apa yang boleh anda jangka dalam percutian selepas PKP
Topic Berkaitan
#gaya hidup
#hiasan
#pokok hiasan
#rumah
#tanaman pokok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan