#GarisMasa: Pelbagai kejadian menarik, curi tumpuan sepanjang Julai 2021

Farhana Joni
Julai 31, 2021 12:00 MYT
Macam-macam perkara dan kejadian berlaku di Malaysia sepanjang Julai tahun ini. - Gambar Astro AWANI
SYUKUR, bangga, sedih, bosan, gembira, terkejut dan berdebar. Itu antara perasaan yang dihadapi seluruh rakyat Malaysia ketika ini, khususnya sepanjang Julai tahun ini.
#GarisMasa rungkaikan satu-persatu berita yang menjadi tumpuan hangat masyarakat khususnya warga maya sepanjang 31 hari, bulan ini.
1. Negara dikejutkan dengan kejadian menyayat hati seorang anak istimewa kurang upaya (OKU) sindrom Down ditemui melecur teruk pada dada, tangan dan leher dipercayai didera di pusat asuhan.
Kejadian itu mendapat perhatian banyak pihak hingga trending di media sosial Twitter dengan hashtag; #JusticeForBella.
Laporan Khas | Penderaan Bella, saksi tampil kongsi pendedahan
2. Pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Kanan, pada 7 Julai lalu.
BACA: Ismail Sabri dilantik TPM, Hishammuddin Menteri Kanan Luar Negeri - PMO
3. Seterusnya, ramai menarik nafas lega dan syukur apabila pengumuman mengenai moratorium boleh dibuat mulai 7 Julai, secara tidak langsung dapat membantu mereka yang kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan akibat pandemik COVID-19.
BACA: Permohonan moratorium mulai hari ini! Ini pautan untuk anda memohon
4. Bahang politik negara juga dapat dirasai pada awal Julai apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, membuat desakan terhadap Perdana Menteri kerana didakwa gagal memenuhi mandat sebulat suara perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU2020) dan tujuh aspirasi rakyat yang digariskan.
Keputusan MKT UMNO | UMNO desak Tan Sri Muhyiddin Yassin undur sebagai Perdana Menteri
BACA: UMNO desak Muhyiddin berundur, namun tidak sokong Anwar jadi PM baharu
5. Hal itu bagaimanapun dinafikan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun pada 8 Julai, yang berkata, kerajaan tidak mempunyai apa-apa fakta jelas yang menunjukkan bahawa Muhyiddin tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.
BACA: PM, jemaah menteri kekal berfungsi seperti biasa - Peguam Negara
6. Pengerusi Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad berterima kasih kepada kerajaan yang akhirnya meluluskan pendaftaran partinya itu pada 8 Julai.
BACA: Pejuang kini parti berdaftar, lulus pendaftaran hari ini - Tun Mahathir
7. Walaupun bakat lakonannya tidak panjang seperti ibunya, Allahyarham Azean Irdawaty, namun ramai peminat Kerana Cintaku Saerah bersedih dengan pemergian pelakon Benjy Ibrahim pada 11 Julai lalu.
BACA: Benjy meninggal dunia di Medan
8. Situasi kes jangkitan COVID-19 di negara dilihat semakin membimbangkan dan diakui Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 15 Julai lalu, yang menjelaskan ia berpunca daripada varian Delta yang lebih ganas.
BACA: Jangkitan varian Delta hanya dalam 15 saat, punca utama lonjakan kes COVID-19
9. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan pada 17 Julai memutuskan sesi persekolahan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan diteruskan sehingga 31 Ogos depan sebelum persekolahan secara bersemuka bermula secara berperingkat pada 1 September berikutan majoriti tenaga pengajar sudah divaksinasi.
BACA: 61 peratus guru terima 1 dos vaksin, sekolah buka pada 1 September - KPM
10. Alhamdulillah, berita ini paling menggembirakan umat Islam! Manakan tidaknya, sudah dua tahun tidak dapat menziarahi Kota Makkah dan Madinah akibat sekatan sempadan susulan jangkitan COVID-19.
BACA: Arab Saudi akhirnya iktiraf vaksin Sinovac
11. Kontroversi yang membabitkan nama Ebit Lew timbul selepas seorang penyanyi rap mendakwa ada banyak 'rahsia' di sebalik misi kemanusiaan ke Gaza pendakwah bebas itu.
Isu itu berlanjutan pula apabila Ebit yang dikenali menerusi video-videonya memberi bantuan 'ditegur' oleh Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri.
BACA: Saya cuba sebar kasih sayang, kenapa masih ada prasangka buruk? - Ebit Lew
BACA: Teguran 'kasih sayang' Nadir Al-Nuri buat Ebit Lew, Caprice jelaskan isu malam ini
12. Pada 23 Julai, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) umum bayaran i-CITRA akan dibuat secara berperingkat bermula 2 Ogos 2021 untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
BACA: Pembayaran i-Citra bermula 2 Ogos
13. Susulan beberapa aduan mengenai 'suntikan vaksin kosong' maka Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin pada 23 Julai memberi kebenaran untuk rakyat merekodkan gambar atau video ketika menerima suntikan vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
BACA: Rakyat boleh rakam video ketika suntikan vaksin, elak isu suntikan kosong berulang - Khairy
14. Sehingga 24 Julai, terdapat lima jenis kit ujian kendiri COVID-19 yang menerima kelulusan bersyarat Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) di Malaysia.
BACA: COVID-19: Dua lagi kit ujian kendiri dapat kelulusan KKM
15. Hari Keempat Sidang Khas Dewan Rakyat pada 29 Julai lalu, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berhubung pembatalan Ordinan Darurat.
BACA: Agong zahir dukacita, pembatalan Ordinan Darurat dibuat sebelum perkenan Baginda
Ordinan Darurat | Agong zahir dukacita, pembatalan tidak diperkenan
16. Mengakhiri hari terakhir bulan ini dengan kejayaan atlet terjun negara Nur Dhabitah Sabri berjaya mara ke peringkat akhir acara 3 meter papan anjal wanita Sukan Olimpik Tokyo 2020, selepas menamatkan lima terjunan dengan kutipan mata 312.60.
Tokyo 2020 | Nur Dhabitah Sabri tepati ramalan ke separuh akhir
#COVID-19 #Delta #Tan Sri Muhyiddin Yassin #Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob #Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein #UMNO #Parlimen #Ebit Lew #garis masa #Sinovac #Khairy Jamaluddin #Olimpik Tokyo #Nur Dhabitah Sabri