PUTRAJAYA: Jangkitan varian baharu COVID-19 termasuk varian Delta boleh merebak dengan cepat dalam masa hanya 15 saat melalui udara, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Katanya jangkitan melalui udara ini akan meningkatkan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti yang menyebabkan peningkatan kes harian.
"Peningkatan kes bukan hanya negara kita tetapi seluruh dunia terkesan dengan varian Delta termasuk negara jiran dan United Kingdom kerana varian Delta kini dominan menggantikan varian sedia ada. Kita lihat peningkatan kes sejak 26 Jun lepas...peningkatan ini kerana kadar kebolehjangkitan varian Delta yang begitu cepat.
"Kalau kadar kebolehjangkitan virus biasa antara 2.5 hingga 3 tetapi varian Delta dan varian yang kita kenal pasti adalah tinggi iaitu 5 hingga 8 kerana sifat virus berubah. Ertinya kalau 100 orang dijangkiti dalam tempoh masa terdekat akan jangkiti 500 hingga 800 orang," katanya pada sidang media khas Kementerian Kesihatan (KKM) di sini hari ini.
Sementara itu, menurut Dr Noor Hisham, pelaksanaan kawalan pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara bermula 1 Jun lalu, telah memberi ruang dan masa kepada KKM untuk mengurus pertambahan katil, peralatan dan ubat-ubatan di hospital seluruh negara.
Katanya ini boleh dilihat melalui kemampuan kementerian menyediakan 4,300 katil setakat ini dengan 3,600 katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) selain menambah 700 katil di tiga hospital termasuk di Hospital Serdang. "Inilah masa yang kita gunakan untuk melaksanakan perolehan dan juga memberi masa untuk fasiliti kesihatan menampung pesakit," katanya.
Bernama
Thu Jul 15 2021
Dr Noor Hisham berkata, jangkitan melalui udara ini akan meningkatkan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti yang menyebabkan peningkatan kes harian. - Gambar fail
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
SkyTrax: Kedudukan KLIA jatuh ke tangga 71
Kedudukan KLIA kini di tangga ke-71 mengikut Senarai Lapangan Terbang Terbaik Dunia SkyTrax 2024, jatuh empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.
China arahkan Apple keluarkan WhatsApp dan Thread daripada App Store
Kerajaan China mengarahkan Apple untuk mengeluarkan aplikasi Whatsapp dan Threads daripada App store China.
Empat pelari terlibat kontroversi dilucut pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat, lapor Xinhua.
ASEAN gesa patuhi konsensus lima perkara
Negara-negara anggota ASEAN menzahirkan kebimbangan terhadap ketegangan yang berlaku di Myawaddy, Kayin State yang terletak di sempadan Myanmar-Thailand, serta di Rakhine State, Myanmar.
ASEAN berkata, ia ingin menegaskan semula komitmen untuk membantu Myanmar mencari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui sebelum ini.
ASEAN berkata, ia ingin menegaskan semula komitmen untuk membantu Myanmar mencari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui sebelum ini.
Setiap parti politik ada kaedah sendiri – Zahid
Setiap parti politik di dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai kaedah sendiri untuk membantu memenangkan calon mereka pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu, bulan depan.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kenyataan MCA tidak akan berkempen pada PRK itu.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kenyataan MCA tidak akan berkempen pada PRK itu.
Masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk beri semangat
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih setia bersama parti itu meskipun ada mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
Bekas Bendahari UMNO Selangor itu berkata, kritikan yang dibuatnya sebelum ini adalah berbentuk konstruktif dan hanya ingin membakar semangat parti itu.
Bekas Bendahari UMNO Selangor itu berkata, kritikan yang dibuatnya sebelum ini adalah berbentuk konstruktif dan hanya ingin membakar semangat parti itu.
Titah Addendum: Anwar enggan terlibat, itu bidang kuasa Lembaga Pengampunan dan YDP Agong
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Anwar berkata, ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Anwar berkata, ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Giat Mara Bagan Datuk naik taraf jadi kampus MCI
Giat Mara Bagan Datuk telah dinaik taraf menjadi kampus Malaysia-China Institute (MCI) bagi melatih pelajar tempatan di dalam bidang Latihan Teknikal Dan Vokasional Malaysia (TVET) sebelum di hantar ke China.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejajar dengan itu, keluasan institusi berkenaan serta fasiliti akan ditambah.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejajar dengan itu, keluasan institusi berkenaan serta fasiliti akan ditambah.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.