LIFESTYLE
Gaya unik dan 'edgy' dari Facets

Jenama Facets mungkin masih lagi asing dikalangan peminat-peminat barangan kemas.
Namun begitu, Facets telah mula menghiasi tubuh selebriti dan model di muka hadapan majalah-majalah utama dan namanya juga sudah mula meniti dibibir-bibir para penggemar aksesori mewah.
Ketika pertama kali melihat iklan Facets di majalah tempatan, hati sudah terpaut dengan rekabentuknya yang lain dari yang lain.
Lantas peluang untuk ke butik Facets yang terletak di tingkat satu Bangsar Shopping Centre (BSC) untuk melihat sendiri koleksi ekslusif Facets, tidak saya lepaskan.
Facets masih baru dipasaran namun bersedia menghadapi saingan dengan produknya, perkhidmatan dan promosi yang bakal dilakukan.
Saya juga berpeluang menemubual Pengurus Besar Facets, Adilah Sainer berkenaan dengan latarbelakang, inspirasi dan cabaran yang dihadapi oleh jenama unik ini.
Menurut Adilah, Facets merupakan jenama tempatan yang membawa bersama tiga jenama terkemuka dunia seperti Stenzhorn, Amanda dan Mauboussin, begitu juga jenama Facets sendiri.

a
Pengurus Besar Facets, Adilah SainerAksesori emas dan berlian di Facets adalah bercirikan inovatif, kreatif dan mempunyai pesonanya yang tersendiri.

a
“Facets membawa koleksi-koleksi menarik yang terdiri daripada berlian berwarna, permata dan emas 18 karat. Koleksi Stenzhorn misalnya, diinspirasikan dari alam semulajadi yang sesuai dengan cara hidup mereka yang moden dan aktif,” terangnya lagi.

a
Kepada penggemar rekaan yang mewah, bergaya dan tersendiri pasti akan bersetuju bahawa Facets punya pesonanya yang lain dari yang lain yang sesuai untuk wanita yang sukakan emas berlian berekaan ‘trendy’.
Facets, Gallery of Fine Jewellery merupakan satu dari lima jenama di bawah syarikat Bakhache Luxuries Sdn Bhd.
Bakhache Luxuries Sdn Bhd mempunyai pengalaman di dalam industri jenama mewah dan eksklusif dunia seperti Mouawad, Truefitt & Hill, French Silversmith, Christofle dan Maison Francis Kurkdjian.
Untuk lebih gambar, klik di sini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami