awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
33 penyokong Selangor FC direman bantu siasatan cetus kekecohan
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Geneva bandar paling mahal tawar 'Sandwich kelab'

AFP RELAXNEWS
AFP RELAXNEWS
14/06/2013
03:00 MYT
Geneva bandar paling mahal tawar 'Sandwich kelab'
Geneva telah mengenepikan Paris apabila menjadi bandaraya paling mahal bagi memesan 'sandwich kelab'. Ini sekaligus menjadikannya destinasi percutian termahal di dunia.
Harga sandwich disenaraikan oleh Hotels.com yang menyiarkan Indeks 'Sandwich Kelab' (CSI), barometer yang mengukur kedudukan bandar-bandar yang paling mahal di seluruh dunia berdasarkan harga bagi 'sandwich kelab' yang dihantar ke bilik – menu hotel yang paling umum di serata dunia.
Menurut perkiraan mereka, purata harga 'sandwich kelab' mengandungi dua keping daging salai, ayam, salad, tomato dan mayonis – dari hotel tiga bintang ke lima bintang di Geneva adalah sekitar $30.45 (RM.95.38).
Indeks tersebut menunjukkan harga purata sandwich di sekitar 30 hotel di setiap bandar. Secara keseluruhan, 840 menu hotel di seluruh dunia telah dikumpul.
Keputusan tinjauan tahunan kedua ini turut menunjukkan secara keseluruhan harga semakin menurun. Harga sandwich termahal dari Geneva pada harga $30.45 (RM95.38) tahun ini adalah lebih rendah berbanding harga purata di Paris iaitu $33.10 (RM103.69) yang merupakan paling mahal pada tahun 2012.
Tahun ini sandwich di hotel di Paris adalah sekitar $27.45 (RM85.99).
Menurut indeks sandwich tersebut, jika anda mencari percutian yang mampu dimiliki, pertimbangkan New Delhi, dimana sandwich yang sama boleh didapati di sana pada harga $9.11 (RM28.54).
Sementara itu, CSI dikeluarkan pada minggu yang sama dengan indeks TripAdvisor, menyatakan Oslo, Norway destinasi percutian paling mahal di dunia berdasarkan harga bagi penginapan untuk satu malam, minuman koktel, makan malam dan perkhidmatan teksi untuk dua orang.
Oslo mendapat kedudukan ke-3 pada indeks 'sandwich kelab'.
Berikut merupakan kedudukan Indeks 'Sandwich Kelab' 2013:
1. Geneva $30.45 (RM95.38) 2. Paris $27.45 (RM85.99) 3. Oslo $26.72 (RM83.70) 4. Stockholm $23.12 (RM72.42) 5. Copenhagen $22.33 (RM69.95) 6. Rome $22.26 (RM69.73) 7. Tokyo $20.70 (RM64.84) 8. London $20.65 (RM64.69) 9. Sydney $20.53 (RM64.31) 10. Hong Kong $19.80 (RM62.02)
Topic Berkaitan
#hotels.com
#sandwich kelab
#termahal
#tripadvisor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan