KUALA LUMPUR: GrabFood Malaysia meraikan 66 restoran dan jenama makanan yang mendapat rating lima bintang tertinggi bagi tahun 2023 dalam acara tahunan GrabFood 5-Star Awards yang berlangsung pada 24 Januari 2024 tempoh hari.

Mereka adalah yang terbaik daripada kalangan lebih 10,000 restoran di GrabFood serata Malaysia hasil penilaian jutaan pencinta makanan di platform tersebut sepanjang tahun lepas.

Para pemenang terbahagi kepada 11 kategori iaitu; Makanan Malaysia Terbaik; Makanan ‘Western’ Terbaik, Makanan Asia Terbaik, Makanan Sihat Terbaik, Pencuci Mulut Kegemaran Ramai, Minuman Kegemaran Ramai, Pilihan Snek Kegemaran Ramai, ‘Budget-Friendly Favourites’, ‘Family-Approved Selection’, dan ‘The Rising Star’, serta ‘Best of the Best’.

Kata Pengarah Komersial dan Penghantaran Grab Malaysia, Jiong Jian Tan (JJ), anugerah tersebut bukan sekadar sebuah keraian dan pengiktirafan pencapaian cemerlang mereka terlibat, sebaliknya satu penetapan penanda aras baharu dalam industri perkhidmatan makanan.

"Kami tahu rakyat Malaysia menghargai dan memberikan keutamaan kepada kualiti makanan yang terbaik.

“Oleh itu, kami telah menemui cara yang sistematik untuk menentukan makanan terbaik bagi para pengguna melalui data dari 'Ratings and Reviews' di aplikasi Grab.

“Pada tahun 2023 sahaja, kami mempunyai lebih daripada tujuh juta penilaian yang membolehkan kami menggunakan data tersebut bagi menentukan restoran tempatan mana yang terbaik dari setiap negeri,” jelasnya.

Menurut JJ, 52 peratus daripada pengguna di platform Grab mencari restoran baharu untuk dicuba dan mekanisme “Ratings and Reviews” ini dapat menjadi rujukan untuk mereka membuat pilihan terbaik menepati citarasa dan selera masing-masing.

Pengarah Komersial dan Penghantaran Grab Malaysia, Jiong Jian Tan

Ujar beliau lagi, "Ratings and Reviews" yang menjadi panduan utama bagi para pelanggan untuk melihat restoran dan makanan mana yang menjadi kegemaran ramai juga memanfaatkan rakan niaga.

Penilaian dan ulasan positif memberikan dorongan kepada para pengguna untuk membuat lebih banyak pesanan dengan restoran-restoran tersebut, tambahnya.


Tahniah kepada semua pemenang dan berikut ialah senarai penuh pemenang GrabFood 5-Star Awards mengikut kategori:

66 daripada lebih 10,000 restoran di GrabFood diiktiraf 5 bintang untuk tahun 2023.

Makanan Malaysia Terbaik
Auntie Dayana’s
Ayang Cafe
Borneo 1st Chicken Rice
Deen’s Maju Nasi Kandar
Ed Cafe
Hafiz Corner
HOMST
Kanna Curry House
King Kunyit
Lancheese
Nasi Ayam Kee Chup
Peanuts Anchovies Nasi Lemak
Restoran Nasi Kandar Ameer Ehsan
Restoran Nasi Kandar Yasmeen
Thong Kee Cafe
Village Park Restaurant
Warung Bambam
Zeon Food Station

Makanan ‘Western’ Terbaik
​​Borneos Fried Chicken
KGB Killer Gourmet Burgers
myPizzaLab
Pasta Panas
The Container
Unknown Cafe and Bistro

Makanan Asia Terbaik
Boran Classic Thai Street Food
Curry Fun
Eatomo
Ikan Boulu Tanpa Tulang
Nasi Ayam Gepuk Original Korn Kitchen
Tasty Chapathi

Makanan Sihat Terbaik
Guilt Free Society
La Juiceria Superfoods
Pilipala Poké and Gelato
Poké Twins
Poké Village
The Fish Bowl

Pencuci Mulut Kegemaran Ramai
ABC Anak Melaka
Cendol Bmi Sejak 1985
Cendol Kampung Hulu
JCO Donuts
The Soybean Factory
TianMiMi Dessert Shop

Minuman Kegemaran Ramai
7 Stars Cafe
Beutea
Big Boy Tea
Bungkus Kaw Kaw
Hicaa 

Pilihan Snek Kegemaran Ramai
Ah Ma TeoChew Kuih
De Currypap Traditional Food and Dessert
Goreng Pisang Dengkil Sambal Kicap Johor
Hasan's Rojak and Cendol
Lancheese
Nam Heong

‘Budget-Friendly Favourites’
Curry Fun
Meng Kitchen
Murni Discovery
Nasi Ganja Yong Suan
Nasi Lemak Basmathi
Planet Nasi Kukus

‘Family-Approved Selection’
Goodbox
K Fry Urban Korean
Oishi Japanese Restaurant
Restaurant Jin Xuan Hong Kong
Saba Restaurant

‘The Rising Star’
Heemo's Pizza
Micabowl

‘Best of the Best’
Roast & Coffee
Village Park Restaurant


5-Star Awards: 66 Restoran terbaik sepanjang 2023 diiktiraf Grabfood