Akaun rasmi Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) bahagian pertanyaan pensijilan Halal mendapat perhatian netizen, khususnya dari Malaysia yang baru mengetahui tentang akaun ini.

Akaun @HalalSG merupakan satu platform untuk orang ramai mengetahui tentang status Halal sesebuah restoran di Singapura.

Namun, kesemua tweet dibalas dengan gaya bersahaja, atau ‘selamba’.

Ia berjaya menarik perhatian orang ramai.

Bukan sahaja mereka dapat maklumat yang bermanfaat namun mereka juga terhibur dengan balasan yang diterima.





Dengan gaya yang bersahaja, akaun Twitter itu juga mendapat perhatian netizen Malaysia, yang sebelum ini mungkin tidak mengetahui tentang akaun ini.







Akaun @HalalSG bermula pada April 2012 dan kini mempunyai lebih dari 25,500 pengikut.