Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar menyeru kaum bapa di Malaysia untuk terus menjadi contoh yang baik kepada anak-anak mereka.

Itu merupakan antara mesej khas baginda sempena Hari Bapa yang diraikan hari ini.

“Saya juga, sebagai seorang bapa, sangat mengerti bahawa tanggungjawab kita sebagai bapa adalah peranan paling penting dalam kehidupan kita kerana anak-anak kita menjadikan kita, bapa mereka, sebagai contoh, dan gaya mereka mencorakkan kehidupan mereka; mencerminkan pengaruh dan perlakuan kita.

"Semoga anda sentiasa memberi contoh yang baik buat anak-anak anda, dan kekal berada di samping mereka pada ketika mereka amat memerlukan anda,” kata baginda di laman Facebook.

Baginda turut menyeru kaum bapa untuk kekal berada di samping anak-anak.

"Kekal berada di samping mereka pada ketika mereka amat memerlukan anda," kata baginda.

Turut disertakan dalam mesej itu adalah empat kepingan gambar baginda bersama ahli keluarga.

Setakat ini, mesej berkenaan telah menerima 19,000 'Like' dan dikongsi sebanyak hampir 1,600 kali.