SEJENIS masakan istimewa dari zaman tamadun Mesopotamia merupakan antara hidangan pilihan Aidilfitri di Basra, Iraq.

Dikenali sebagai "masmouta", ia merupakan hidangan sup ikan dan menjadi tradisi di pagi 1 Syawal bagi umat Islam di sana.

Dipercayai diturunkan dari satu generasi ke generasi sejak awal tamadun Mesopotamia kuno di selatan Iraq, resipi 'masmouta' bermula dengan mengeringkan ikan selama kira-kira 10 hari sebelum dimasak sebagai sup.

Ikan masmouta dijual di pasar. - Video Reuters
Berbeza dengan resipi asalnya, hari ini masakan tersebut juga boleh dihidangkan dalam bentuk kari menggunakan rempah India.

Hidangan masmouta menjadi pilihan di pagi Syawal. - Video Reuter
"Orang ramai akan cari 'masmouta' pada hari pertama Syawal.

"Ini kerana ia mempunyai kadar garam rendah, jadi ini mengimbangi kadar pengambilan garam dalam tempoh sebulan berpuasa," kata Said Fadel, penjual masmouta.


** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !