awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hilton Kota Kinabalu raikan 'mid-autumn' dengan koleksi Lunar Radiance

Amzar Alif
Amzar Alif
23/08/2025
15:00 MYT
Hilton Kota Kinabalu raikan 'mid-autumn' dengan koleksi Lunar Radiance
Pembungkusan kotak edisi terhad dalam rona biru diraja dan fuchsia menjadikan koleksi Lunar Radiance bukan sekadar sajian, malah hadiah perayaan yang bermakna dan bergaya. – Gambar Hilton Kota Kinabalu
KOTA KINABALU: Hilton Kota Kinabalu menyambut kemeriahan Perayaan Pertengahan Musim Luruh atau Mid-Autumn Festival dengan koleksi kuih bulan eksklusif bertemakan “Lunar Radiance”, yang menonjolkan keanggunan seni persembahan serta nilai kekeluargaan dan keharmonian.
Ditawarkan dari 1 Ogos hingga 6 Oktober 2025, koleksi ini menghimpunkan empat perisa tradisional yang kekal menjadi pilihan sepanjang zaman seperti Baked White Lotus Paste, Baked Lotus Paste with Single Yolk, Baked Pandan Paste with Single Yolk, dan Baked Red Bean Paste with Almond Flakes.
Setiap kotak berharga RM168 dan mengandungi empat biji kuih bulan buatan tangan oleh kakitangan kulinari Hilton.
Menambah sentuhan eksklusif, koleksi tahun ini turut didatangkan dalam pembungkusan edisi terhad yang direka seperti perjalanan cakerawala diserikan dengan ton biru diraja dan fuchsia serta corak bunga yang rumit.
xxx
Empat biji kuih bulan tradisional dengan logo ‘Hilton’ ditampilkan secara elegan, melambangkan cita rasa klasik yang diraikan dalam koleksi Lunar Radiance 2025. – Gambar Hilton Kota Kinabalu
Reka bentuk ini bukan sahaja menawan dari sudut visual, malah menjadikan kotak ini sesuai dijadikan cenderamata penuh makna.
“Koleksi Lunar Radiance menggambarkan penghormatan mendalam kepada warisan budaya dan nilai kasih sayang yang dizahirkan dalam tradisi kuih bulan,” jelas Hilton Kota Kinabalu dalam kenyataan media.
Pelanggan yang membuat tempahan awal akan menikmati diskaun 15% dari 1 hingga 31 Ogos, manakala diskaun 10% ditawarkan dari 1 September hingga 6 Oktober 2025.
Pembelian boleh dibuat di Drip, aras lobi Hilton Kota Kinabalu, atau secara dalam talian.
Perayaan Mid-Autumn bukan sekadar tentang kuih bulan, tetapi juga simbol penyatuan keluarga, penghargaan, dan perkongsian ikhlas.
Oleh itu, koleksi Lunar Radiance dilancarkan untuk melengkapkan detik perayaan itu dengan penuh bergaya.
Untuk maklumat lanjut atau membuat tempahan, sila hubungi +608 835 6000, WhatsApp +6013 888 0574, emel [email protected] atau layari EatDrinkHilton.com.
xxx
Rekaan kotak eksklusif ‘Lunar Radiance’ oleh Hilton Kota Kinabalu menyerlah di bawah sinaran bulan purnama, menampilkan fasa bulan sebagai simbol penyatuan dan keindahan musim perayaan Mid-Autumn. – Gambar Hilton Kota Kinabalu
Topic Berkaitan
#Hilton Kota Kinabalu
#Koleksi Lunar Radiance
#Mid-Autumn Festival
#kuih bulan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan