Holiday Villa

Doha, Qatar merupakan antara destinasi pelancongan utama di Asia. Menjelang Piala Dunia 2022 yang akan datang, pastinya lebih ramai yang mahu berkunjung ke negara Timur Tengah itu.

Tidak perlu gusar kerana bandaraya serba moden dan canggih itu menawarkan pelbagai kemudahan penginapan terbaik. Holiday Villa Hotel & Residence antara yang akan memberikan kepuasan maksimum dalam kunjungan anda nanti.

Terletak strategik bertentangan dengan Taman Muntazah yang ikonik, hotel ini terletak hanya 15 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad dan tidak jauh dari dari banyak mercu tanda yang terkenal, destinasi tumpuan pelancong dan pusat konvensyen antarabangsa.

Holiday Villa Doha residence.

Dengan seni bina unik dan mengagumkan yang terbina dari sembilan bangunan berkelompok, hotel ini terdiri daripada 356 bilik hotel dan 396 pangsapuri servis dengan kemudahan moden.

Bagi yang berkunjung ke Doha untuk urusan kerja, dua ballroom dan enam bilik fungsi dilengkapi akses internet dan sistem audiovisual tentunya memenuhi keperluan anda.

Sudah resam kita di Malaysia yang sering dihidangkan dengan juadah menarik, penginapan di Holiday Villa Doha tidak akan mengecewakan anda yang menginginkan selera dipenuhi.

Hotel ini mempunyai tiga tempat makan utama iaitu Restoran Lagenda International yang menghidangkan bufet sepanjang hari dan hidangan ala carte, D'Chopstix Chinese & Japanese Restaurant yang menyajikan hidangan fusion serta Kafe Ole, sebuah berkonsep sukan yang sesuai sebagai lokasi pertemuan kasual atau mesyuarat.

Restoran D'Chopstix.

Mahu bersantai selepas penat bekerja? Hotel ini turut menyediakan spa, pusat kecantikan serta pusat snuker. Semua tetamu mempunyai akses ke Snips Hair & Beauty Salon, Amoaras Relaxation Spa dan QBall Room Billiard & Snooker Centre.

D-Villa Residence

Bilik yang disediakan di D'Villa.


D'Villa Residence terletak hanya beberapa minit dari Holiday Villa Hotel & Residence Doha. Ia mudah diakses dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad, The Corniche, Pusat Konvensyen Nasional Qatar, Pusat Pameran & Konvensyen Doha, Aspire Zon, Katara dan Souq Waqif.

Unit kediaman yang baru dibina ini mempunyai rekaan dalaman yang terkini dengan ruang tamu dan ruang makan yang lengkap dengan dekorasi seni moden, serta dapur yang menawarkan kemudahan memasak yang lengkap. Setiap apartmen mempunyai bilik tidur utama dengan bilik mandi en suite, dilengkapi kemudahan dan sistem hiburan dengan TV LED, Internet Protocol TV (IPTV) dan perkhidmatan Wi-Fi.

Kawasan lobi D'Villa.

D-Villa Residence menempatkan 58 pangsapuri dengan pilihan satu, dua atau tiga bilik tidur. Ia menyediakan perkhidmatan keselamatan dan penyelenggaraan 24 jam, liputan CCTV di semua kawasan, tempat parkir tertutup dan akses kad masuk ke tempat letak kereta, lif dan tangga.

Bangunan kediaman juga mempunyai gim yang hanya boleh diakses bagi tetamu yang menginap di sini. Tetamu juga boleh menggunakan perkhidmatan dari Holiday Villa Hotel & Residence seperti kolam renang, kolam renang kanak-kanak, pusat perniagaan, restoran dan pusat kesihatan. Ia juga menawarkan perkhidmatan in-dining, perkhidmatan wake up call, concierge dan banyak lagi.

CitiVilla Service Residence Doha

Pemandangan CitiVilla dari luar.


CitiVilla terdiri daripada 42 unit service apartment yang lengkap dan dijangka siap awal tahun 2021. Penginapan baharu ini mempunyai kemudahan berciri khasnya yang tersendiri. Sebuah kolam renang ditempatkan di rooftop dengan panorama indah, gimnasium dengan bilik wap dan sauna serta bar.

Bilik yang disediakan di sini.

Di tingkat mezaninnya, terdapat dua buah bilik mesyuarat dan di tingkat bawah pula menempatkan sebuah restoran dan tiga unit kedai. Kediaman khidmat ini menyediakan perkhidmatan keselamatan dan penyelenggaraan 24 jam, liputan CCTV di semua kawasan, tempat parkir tertutup dan akses masuk kad ke tempat letak kereta, lif dan tangga.