awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Kemampuan PDRM tangani ancaman keganasan diiktiraf di peringkat antarabangsa - Saifuddin
DUNIA
Ilie Bolojan dilantik Perdana Menteri Romania selepas persetujuan kerajaan gabungan
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GAYA HIDUP

HUAWEI MatePad Pro 12.2” bawa kuasa PC ke dalam gaya hidup digital

Amzar Alif
Amzar Alif
20/06/2025
09:38 MYT
HUAWEI MatePad Pro 12.2” bawa kuasa PC ke dalam gaya hidup digital
HUAWEI MatePad Pro 12.2” kini dibuka untuk pra-tempahan pada harga RM3,599 dan didatangkan bersama hadiah percuma bernilai sehingga RM2,045. - Gambar HUAWEI
KUALA LUMPUR: HUAWEI terus memperkukuh kedudukannya dalam pasaran peranti pintar Malaysia menerusi pelancaran dua produk terbaharunya, tablet flagship HUAWEI MatePad Pro 12.2” dan fon telinga HUAWEI FreeBuds 6 dalam sebuah acara berprofil tinggi di ibu negara.
Menggabungkan rekaan anggun, prestasi berkuasa serta teknologi paparan tercanggih, HUAWEI MatePad Pro 12.2” disasarkan kepada golongan profesional dan kreatif yang memerlukan peranti sefleksibel komputer riba tetapi dalam bentuk tablet yang mudah alih.
Menurut Pengurus Kanan Pemasaran HUAWEI Malaysia CBG, Teoh Eu Jin, HUAWEI MatePad Pro 12.2” membawa pendekatan “PC-level experience” dengan menyepadukan papan kekunci jenis “Stylus-Embedded Keyboard”, fungsi buka segera (open-in-seconds) dan pelbagai konfigurasi mod penggunaan untuk tugasan harian.
Tablet ini turut menampilkan paparan Tandem OLED PaperMatte yang terdiri daripada dua lapisan OLED dengan kadar kecerahan yang tinggi, anti-silau dan penggunaan tenaga lebih cekap membolehkan pengguna menikmati pengalaman visual lebih terang dan tahan lama, sesuai untuk tugasan pejabat atau hiburan digital.
Ciri WPS Office bertaraf PC juga dibina dalam tablet ini, sekali gus memberi kelebihan kepada pengguna yang bergantung kepada produktiviti mobil tanpa perlu membawa komputer riba.
Antara ciri paling menonjol ialah aplikasi GoPaint, iaitu alat ilustrasi profesional yang dibangunkan sendiri oleh HUAWEI, lengkap dengan fungsi berus minyak 3D dan animasi (frame to frame), yang memberikan kebebasan lebih luas kepada golongan artis digital untuk berkarya.
“HUAWEI MatePad Pro 12.2-inch kini dibuka untuk pratempah bermula hari ini pada harga RM3,599. Pelanggan juga akan mendapat hadiah eksklusif bernilai RM2,045 termasuk HUAWEI M-Pencil generasi ketiga, HUAWEI Mouse, Backpack, HUAWEI SoundJoy 2 dan WPS Office bertaraf PC,” ujarnya.
HUAWEI FreeBuds 6 menampilkan reka bentuk terbuka dengan audio dwi-pemacu dan pembatalan hingar pintar, dijual pada harga RM699 bersama hadiah eksklusif bernilai RM327 termasuk HUAWEI Band 8, jaminan lanjutan dan perlindungan kehilangan dua tahun. - Gambar HUAWEI
HUAWEI FreeBuds 6 menampilkan reka bentuk terbuka dengan audio dwi-pemacu dan pembatalan hingar pintar, dijual pada harga RM699 bersama hadiah eksklusif bernilai RM327 termasuk HUAWEI Band 8, jaminan lanjutan dan perlindungan kehilangan dua tahun. - Gambar HUAWEI
Dalam pada itu, HUAWEI turut melancarkan FreeBuds 6 fon telinga jenis terbuka (open-fit) yang tampil dengan reka bentuk ikonik titisan air (droplet design) dan keselesaan maksimum untuk pemakaian berpanjangan.
Fon telinga ini dilengkapi pemacu dwi audio berprestasi tinggi (dual driver) serta sistem pembatalan hingar pintar dikuasakan AI, menjadikannya sesuai untuk panggilan yang lebih jelas dan pengalaman muzik mengasyikkan.
“HUAWEI FreeBuds 6 boleh didapati pada 24 Jun dengan harga RM699, dan hadir bersama hadiah percuma bernilai RM327 termasuk HUAWEI Band 8, jaminan lanjutan 1+1 tahun serta perlindungan kehilangan selama dua tahun,” tambahnya.
Kedua-dua produk baharu ini menggambarkan komitmen HUAWEI dalam memperkasakan pengguna dengan teknologi moden yang menyokong produktiviti, kreativiti dan gaya hidup digital masa kini.
Pra-tempahan MatePad Pro 12.2” kini dibuka di HUAWEI Experience Store seluruh negara dan di laman rasmi HUAWEI.
Topic Berkaitan
#Huawei Malaysia
#Teoh Eu Jin
#HUAWEI MatePad Pro 12 2
#HUAWEI FreeBuds 6
#tablet flagship
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami