awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Ia imbau memori berada di Stadium Merdeka,' Nazir puji filem Ola Bola

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
16/02/2016
13:21 MYT
'Ia imbau memori berada di Stadium Merdeka,' Nazir puji filem Ola Bola
Adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Nazir Razak baru-baru ini memuji kegemilangan filem Ola Bola yang dengan menyifatkan ia sebagai satu memori yang indah.
ADIK kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Nazir Razak baru-baru ini memuji kehebatan filem Ola Bola dengan menyifatkan filem itu sebagai satu memori yang indah.
Menerusi akaun Instagramnya, Nazir yang baru sahaja menonton filem itu berkata beliau amat menyukai filem tersebut kerana ia mengimbau nostalgia sukan bola sepak satu ketika dahulu.
“Baru sahaja menonton; suka filem itu! Ia membawa kembali memori berada di Stadium Merdeka pada malam yang terindah,” tulis Nazir.
Just watched it; loved it! Brought back memories of being at Merdeka Stadium on that glorious night. More importantly, it was a powerful reminder of a better Malaysia back then. Corruption subsequently damaged our football. Corruption & racism has undermined our nation building. Felt very sad afterwards.
A photo posted by Nazir Razak (@nazir.razak) on
Feb 15, 2016 at 4:57am PST
Pengerusi CIMB Group itu turut berkata bahawa filem Ola Bola merupakan satu peringatan bahawa Malaysia lebih makmur pada era 1980-an.
Beliau juga sedih apabila melihat bagaimana rasuah dan sikap perkauman telah mempengaruhi serta menjejaskan mutu bola sepak negara.
“Rasuah telah memusnahkan bola sepak kita. Rasuah dan perkauman telah menjejaskan pembangunan negara kita. Saya rasa sedih selepas menonton filem itu,” tambah Nazir.
BACA: Tiada kompromi kes rasuah bola sepak - Zahid
BACA: Usahlah mengampu orang atasan - TMJ kepada Kevin
BACA: Undang-undang FAM paling bodoh, kata TMJ
BACA: 'Bola sepak, satu masa dahulu, dimainkan demi negara' - Rafidah Aziz
BACA: Ola Bola bukan sekadar filem, tapi satu memori indah - James Wong
Nazir turut memuat naik poster filem Ola Bola terbitan Astro Shaw.
Berlatarbelakangkan era 1980-an, Ola Bola merupakan kisah kejayaan tentang keberanian dan semangat bersatu yang memberi inspirasi kepada barisan pemain bola sepak Malaysia untuk bangkit dari kekecewaan dan muncul menjadi wira negara.
Filem Ola Bola yang mula ditayangkan 28 Januari lalu masih meneruskan kejayaannya dengan mencatat kutipan melebihi 12 juta dalam tempoh 18 hari.
Topic Berkaitan
#filem
#Instagram
#Nazir
#Ola Bola
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan