KOTA BHARU: Selain putu halba, ikan darat dan ubi 'tonyoh', ikan budu menjadi antara sajian pilihan penduduk Kelantan pada musim tengkujuh atau Monsun Timur Laut ini.
Walaupun aroma ikan budu yang diperam antara enam hingga lapan bulan sangat kuat dan kurang menyenangkan, ia dianggap lauk yang cukup menyelerakan bagi penggemarnya.
Peniaga di Pasar Siti Khadijah, Rahmah Jaafar, 64, berkata sejak minggu lepas permintaan terhadap makanan bermusim itu meningkat sekali ganda.
"Dalam beberapa hari ini, ramai pelanggan yang datang mencari ikan budu, jadi saya tambah stok jualan sekali ganda iaitu kira-kira 30 bungkus sejak semalam.
"Memang setiap tahun bila musim banjir pelanggan akan beli dua atau tiga bungkus terus dan jualan kita cepat habis berbanding di luar musim monsun," katanya ketika ditemui Bernama di sini pada Sabtu.
Rahmah yang berniaga di pasar itu sejak 38 tahun lepas berkata bekalan diperoleh dari Pengkalan Kubor, Tumpat dan dijual pada harga antara RM5 hingga RM10 sebungkus bagi ikan budu kembung.
Seorang lagi peniaga, Husin Musa, 59, dari Kampung Suri, Tumpat berkata ikan budu menjadi pilihan pelanggan kerana produk itu mampu bertahan hingga berbulan-bulan.
"Pada musim tengkujuh biasanya ikan segar agak mahal atau sukar diperoleh, jadi penduduk menjadikan ikan budu sebagai alternatif selain ia sangat menjimatkan untuk dijadikan lauk bagi keluarga yang kurang berkemampuan," katanya.
Pelanggan, Amran Sidek, 46, berkata dia sentiasa menyimpan stok ikan budu sebagai persediaan setiap kali musim tengkujuh.
Bapa kepada enam anak itu berkata ikan budu yang digoreng bersama telur, bawang besar dan sedikit cili merupakan hidangan kegemaran mereka sekeluarga.
"Untuk beli ikan budu, kita kena pandai pilih kerana ikan budu yang terlampau masin atau diperap dalam tempoh yang agak lama kurang enak dimakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 25 2023

Siti Khadijah menunjukkan 'Ikan budu' yang menjadi antara menu pilihan penduduk Kelantan ketika musim tengkujuh. - Foto BERNAMA
Ribuan veteran protes, bantah cadangan Trump
Majoriti yang berhimpun di hadapan bangunan Capitol AS itu baru sahaj kehilangan pekerjaan akibat rancangan pemberhentian kerja Kerajaan Persekutuan
Majlis Keselamatan PBB gesa perlindungan rakyat Syria tanpa pengecualian
Majlis keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat mengecam keganasan meluas yang berlaku di wilayah Latakia dan Tartus sejak 6 Mac serta menggesa perlindungan rakyat Syria tanpa pengecualian.
Lima maut, 24 cedera jalan bertingkat dalam pembinaan runtuh
Sekurang-kurangnya lima maut selepas sebuah jalan bertingkat yang dalam pembinaan di Bangkok runtuh pada awal Sabtu.
China wajibkan pelabelan kandungan janaan AI untuk perangi maklumat salah
Pihak berkuasa China mengeluarkan garis panduan yang mewajibkan label pada semua kandungan dijana oleh kecerdasan buatan yang diedarkan dalam talian, bertujuan untuk memerangi penyalahgunaan AI dan penyebaran maklumat palsu.
Bazar raya lesu, pendapatan peniaga merudum
Di Chukai, Kemaman, aktiviti perniagaan di beberapa Bazar Aidilfitri dilihat agak lesu dan perlahan, dengan peniaga merungut pendapatan mereka menurun antara 30% dan 60% berbanding tahun lalu.
[TERKINI] Nurul Izzah bakal pertahan jawatan naib presiden
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar bakal mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti, Mei ini.
Dakwaan kerajaan pimpinan GRS, PH gagal tidak berasas - Hajiji
Dakwaan pembangkang kononnya kerajaan Sabah yang kini ditadbir Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) gagal adalah suatu yang tidak berasas
Satu lagi lubang benam di Jalan Gua Musang–Lojing, laluan ditutup sepenuhnya
Satu lagi lubang benam berlaku di Kilometer 78 Jalan Gua Musang–Lojing berhampiran Kampung Jekjok pada awal pagi tadi, hanya tujuh meter dari lokasi kejadian sebelumnya.
Polis tumpas sindiket dadah sasar nelayan, 24 ditahan
Seramai 24 individu termasuk seorang wanita disyaki pengedar dadah ditahan dan pelbagai jenis dadah dirampas dalam Ops Penyu 1.0 di sekitar Dungun, Setiu dan Besut di Terengganu serta Pasir Puteh, Kelantan pada 6 hingga 12 Mac lepas.
Rentap kepala pelajar autisme, polis buka kertas siasatan
Polis membuka kertas siasatan berhubung insiden seorang pembantu pengurusan pelajar yang didakwa mengasari seorang pelajar autisme berusia tujuh tahun di sebuah sekolah rendah di Kelana Jaya, Petaling Jaya.

Ikan budu lauk pilihan musim tengkujuh
Selain putu halba, ikan darat dan ubi 'tonyoh', ikan budu menjadi antara sajian pilihan penduduk Kelantan pada musim tengkujuh atau Monsun Timur Laut ini.