Skip to main content

Gaya Hidup

Ikea mula masuk pasaran India, sasar buka 25 gedung dalam tempoh 10 tahun

71471150530_IkeaIndia.jpg
Syarikat perabot terkenal Sweden bakal memasuki pasaran India, setelah kerja untuk pembinaan gedung pertamanya di negara itu telah bermula.

Memetik laporan BBC, gedung  yang akan terletak di Hyderabad itu akan siap sepenuhnya pada penghujung  2017.

Kemasukan jenama Ikea ke India dianggap sebagai satu kejayaan setelah syarikat lain seperti Wal-Mart dari Amerika Syarikat dan Carrefour dari Perancis menghentikan rancangan mereka untuk memasuki pasaran runcit India yang dilaporkan bernilai AS$600 bilion.

Pasukan IKEA India juga dilaporkan telah melawat 500 rumah di Hyderabad bagi memahami pasaran dan keperluan pengguna di India.

“Kita ke bilik tidur, tandas, dapur dan berbincang bersama mereka dan bertanyakan ‘Perubahan apa yang anda mahukan?’” kata Ketua Pegawai Eksekutif IKEA  India Juvencio Maeztu.

Memetik laporan The Hindu, IKEA merancang untuk membuka 25 gedung di India dalam tempoh 10 tahun.

Advertisement

Must Watch Video