awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Sokongan terhadap PM Anwar meningkat kepada 55 peratus - Merdeka Center
DUNIA
[KOLUMNIS] Niat sebenar Trump adalah ingin ‘jajah’ Iran
HIBURAN
Elite kembali gegar pentas dengan konsert ELITE LIVE ‘25 September depan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LIFESTYLE

'Isterix' mohon maaf, TheNoor nafi Neelofa terlibat hasilkan iklan berunsur lucah

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
30/06/2024
03:00 MYT
'Isterix' mohon maaf, TheNoor nafi Neelofa terlibat hasilkan iklan berunsur lucah
Pasukan 'Isterx' memohon maaf atas penggunaan gambar atau muat naik berunsur lucah untuk tujuan pemasaran, promosi dan sewaktu dengannya.
KUALA LUMPUR: Syarikat pembangunan aplikasi gaya hidup Muslim, TheNoor, menafikan penglibatan pengasasnya Neelofa dalam penghasilan atau pengedaran gambar iklan berunsur lucah di laman media sosial Instagram, pada Ahad.
Menurut pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif TheNoor, Mohd Izzairi Yamin, kandungan yang dimaksudkan itu hanya berkaitan dengan produk lain dan tidak mewakili strategi pemasaran atau piawaian etika TheNoor.
"Satu gambar yang tidak sesuai dengan etika Islami telah pun dimuat naik di dalam media sosial oleh salah satu jenama Neelofa untuk mempromosikan produk yang tidak berkaitan dengan TheNoor.
"Kami memahami bahawa insiden ini telah menimbulkan kebimbangan dan mungkin telah menyebabkan kekeliruan mengenai nilai dan amalan syarikat kami di TheNoor.
"Di TheNoor, kami dengan tegas mengecam penggunaan gambar yang tidak sesuai atau menyinggung norma masyarakat untuk tujuan pemasaran," katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.
Pada Sabtu, halaman Instagram nilofagroup memuat naik kenyataan pasukan ‘Isterix’ susulan beberapa grafik tertentu dihasilkan yang mengandungi unsur lucah dalam mempromosikan produknya.
"Kami menerima segala teguran dan akur dengan kesilapan ini dan akan lebih menjaga sensitiviti untuk menghasilkan kandungan yang lebih mesra masyarakat pada masa akan datang," kata kenyataan itu.
Kandungan dimuat naik di halaman nilofagroup mendapat kecaman di media sosial susulan gambar dihasilkan mengandungi unsur dan kapsyen lucah.
Mengulas lanjut, Mohd Izzairi berkata, TheNoor memberikan komitmen untuk mengekalkan jenama yang profesional dan menghormati masyarakat serta ia tidak akan pernah berubah.
"Kami amat kesal atas sebarang kesulitan atau salah faham yang mungkin telah menggusarkan pelanggan, rakan kongsi dan pihak berkepentingan kami.
"Kami mengambil serius perkara ini dan sedang menyelesaikan hal ini di peringkat dalaman untuk memastikan insiden seperti ini tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan," ujarnya.
Mohd Izzairi dalam pada itu berkata, beliau tidak bersetuju sama sekali penggunaan gambar atau muat naik berunsur lucah untuk tujuan pemasaran, promosi dan sewaktu dengannya.
"Ramai juga yang mengecam kononnya TheNoor tidak melakukan pemeriksaan terhadap gambar-gambar tular yang tidak beretika.
"Kami ingin tegaskan bahawa TheNoor tidak ada kaitan dengan produk atau syarikat tersebut," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Neelofa
#TheNoor
#iklan lucah Isterix
#jenama Neelofa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami