awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
Kendrick Lamar pecah rekod dengan 26 kemenangan Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jakarta ungguli senarai destinasi pilihan di Asia

Bernama
Bernama
14/11/2012
09:57 MYT
Jakarta ungguli senarai destinasi pilihan di Asia
Jakarta menduduki tempat teratas dalam senarai destinasi semakin berkembang di Asia, demikian menurut TripAdvisor, laman sesawang pelancongan terbesar di dunia.
TripAdvisor berkata demikian ketika mengumumkan pemenang-pemenang anugerah Pilihan Pelancong bagi Destinasi Semakin Berkembang 2012, hari ini.
Kathmandu, ibu kota Nepal menduduki tempat kedua selepas Jakarta manakala Kolkata (India) tempat ketiga. Sepuluh bandar terunggul lain ialah Manila (Filipina), Bangalore (India), Luang Prabang (Laos), Phnom Penh (Kemboja), Chiang Mai (Thailand) serta Kobe dan Osaka di Jepun.
Anugerah itu bertujuan mengiktiraf destinasi-destinasi yang telah mencatatkan peningkatan besar maklum balas positif pelancong dan minat pelancong dari tahun ke tahun, kata TripAdvisor dalam satu kenyataan hari ini.
Mar del Plata, Argentina, mengungguli senarai bagi destinasi pilihan pelancong yang semakin meningkat di peringkat global, manakala Sao Paolo (Brazil) di tempat kedua dan Kiev (Ukraine), ketiga.
Destinasi-destinasi global lain ialah Montevideo (Uuruguay), Perth (Australia), Bandaraya Mexico (Mexico), Hobart (Australia), Guadalajara (Mexico), Moscow (Rusia) dan Turin (Itali).
Jurucakap TripAdvisor, Jean Ow-Yeong, berkata anugerah-anugerah itu merupakan pengiktirafan besar bagi bandar-bandar berkenaan, bukan sahaja berdasarkan minat pelancong yang semakin meningkat, malah juga maklum balas positif yang semakin banyak tentang hotel, restoran dan kegiatan-kegiatan di bandar-bandar itu.
Topic Berkaitan
#Asia
#Jakarta
#pelancongan
#tripadvisor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan