SALAH satu komponen kereta yang rosak boleh menyebabkan suhu pada enjin naik dengan mendadak sering kita kaitkan ialah radiator.

Namun selain itu terdapat beberapa komponen lain yang boleh kita perhatikan.

Di antaranya ialah ‘water pump’. Pertama sekali kita perlu faham apa itu fungsi water pump terhadap sistem penyejukan kereta.

Water pump berfungsi sebagai komponen yang mengepam coolant atau bahan penyejuk ke seluruh bahagian enjin.

Kemampuannya menjalankan proses pengepaman yang baik akan memberikan mengurangkan suhu panas pada enjin sebelum coolant dilepaskan ke tangki radiator apabila telah mencapai suhu maksimum thermostat untuk disejukkan sebelum kembali ke ruang enjin.

Ramai yang silap dan anggap water pump ini tidak berapa penting berbanding radiator; walhal ia bolehlah dianggap sebagai ‘jantung’ kepada sistem penyejukan enjin kereta.

Air atau coolant tak dapat mengalir dengan baik makan sistem itu tidak akan dapat berfungsi.

Kebiasaannya water pump hanya perlu ditukar selepas mencapai jumlah jarak perjalanan di antara 140,000 km sehingga 190,000 kilometer.

Hayat ‘water pump’ biasanya boleh berakhir pada bila-bila masa apabila jarak perbatuan mencecah antara 140,000km hingga 190,000km.

Bagaimanapun, ada beberapa faktor berbeza yang memaksa alat ganti tersebut diganti lebih awal. Salah satu contoh water pump untuk kereta.

Jadi silalah berikan perhatian dan peka bila anda perlu menukarnya.

Namun begitu, terdapat beberapa petanda dan punca boleh anda kenal pasti bila water pump sudah hampir atau telah rosak.

MASKULIN tertarik dengan perkongsian yang pernah dikongsi oleh Facebook Kota Bumi Sdn Bhd tentang beberapa punca yang boleh kita perhatikan.

Ikutinya di bawah:


Karat dan Kakisan

Sirip pendesak (impeller) pam berhenti berfungsi dan pam tidak lagi mampu menggerakkan pendingin dalam enjin.

Karat dan kakisan boleh jadi berpunca akibat pendingin tercemar atau berkualiti rendah, termasuk penutup tekanan (pressure cap) rosak yang menyebabkan air berbuih.


Mendapan Terbina

Ia berpunca daripada pendingin tercemar dan berkualiti rendah.

Kesannya, berlaku pembentukan enapan, kerak dan mendapan lain di dalam pam air yang mengganggu ia berfungsi dengan baik.


Peronggaan

Rongga wap atau buih dalam penyejuk boleh menyebabkan tekanan dalam pam dan merosakkan komponen pam.


Kebocoran Permukaan Mounting

Rembesan, sejatan dan kekeringan menandakan kebocoran daripada permukaan mounting pam.

Masalah ini biasanya disebabkan pemasangan yang tidak betul atau salah pasang gasket, bahan kedap (sealant) dan alat ganti lain.


Lubang Leleh Bocor

Kebocoran lubang leleh ialah normal selepas pam baru dipasang. Tetapi, ia sepatutnya tidak berterusan selepas lebih 10 minit.

Jika berlaku, sistem pendinginan mungkin mengandungi pendingin tercemar dan berkualiti rendah.


Bearing Rosak

Kerosakan bearing boleh melarat kepada tali pemacu.


Syaf Patah atau Rosak

Bahagian ini rosak atau patah disebabkan ada banyak tekanan pada tali pemacu. Ini menyebabkan desakan melampau hingga syaf rosak atau patah.

————————————————————

Satu perkara perlu anda tahu ialah kegagalan water pump berfungsi dengan baik boleh menyebabkan kerosakan lebih serius berlaku. Ia boleh melarat menjadi lebih teruk.

Usah berlengah atau ambil sikap tunggu dan lihat bila sudah ada petanda seperti dinyatakan di atas.

Jangan nanti anda harus berbelanja ribuan ringgit untuk baikinya akibat sikap berlengah itu.


Kredit: FB Kota Bumi Sdn Bhd

*Artikel asal di Maskulin



Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, permotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !