SESIAPA pun boleh menjadi mangsa kecurangan dalam sebuah perhubungan. Dan suka atau tidak, harus diakui bahawa curang bukanlah satu kesilapan yang berlaku tanpa sengaja.

Terdapat strategi yang anda dan pasangan boleh amalkan untuk mengelakkan perselingkuhan, menurut Lucia O'Sullivan, seorang Profesor Psikologi di Universiti New Brunswick.


KENAL PASTI TARIKAN


Untuk mengelakkan berlaku curang, anda perlu mengenal pasti tarikan dan mengelakkannya.

Secara semula jadi, manusia sentiasa terdedah dengan rasa tarikan terhadap individu lain, biarpun sudah berkahwin. Untuk mengamalkan monogami, mereka perlu mengelak daripada bertindak mengikut naluri.


TIGA TAKTIK KEKAL MONOGAMI

Mereka yang mampu menguruskan tarikan terhadap kepada orang luar lebih cenderung untuk kekal setia.

"Menyukai seseorang dari jauh itu satu perkara, tetapi satu perkara lain apabila anda memberitahu individu terbabit, kerana apabila anda mula berkomunikasi, ia akan membuka pintu untuk kecurangan berlaku," kata O'Sullivan.

Apabila anda bertindak ke atas tarikan secara lisan atau fizikal, semakin besar kencenderungan untuk berlaku curang.

Tambahnya, setiap individu harus peka dengan pemikiran dan tindakan mereka bagi membolehkan mereka mengelakkan diri daripada bermain kayu tiga.