RASANYA seluruh dunia pernah melihat foto seorang kanak-kanak lelaki berbangsa Afrika dalam keadaan kurus kering sedang diberi secawan air oleh seorang wanita Denmark.

Gambar itu menjadi viral dan mencetuskan rasa simpati masyarakat dunia dengan nasib si kecil itu.

Namun, nasib kanak-kanak yang berasal dari Nigeria itu kini sudah berubah dan keadaannya juga sudah semakin baik.



Wanita berhati mulia itu, Anja Loven ialah seorang pekerja kebajikan yang menyelamatkan kanak-kanak itu pada 31 Januari lalu.

Ketika ditemui Loven, kanak-kanak yang dinamakan Hope itu dilaporkan sudah lapan bulan berlapar.

Lapan minggu selepas diselamatkan, Hope semakin sihat dan nampak semakin ceria menjalani kehidupan.

Hypospadias is an inborn condition in which one has an incomplete developed urethra. Urethral meatus opens incorrectly...

Posted by DINNødhjælp - deres overlevelse on

Dalam status yang dimuat naik Loven ke laman Facebook, Hope disahkan menghidap penyakit hypospadias, sejenis masalah dalam kalangan lelaki di mana pembukaan uretra berada di bahagian bawah zakar.

Dia dilaporkan akan menjalani rawatan sebaik sahaja wang cukup berjaya dikumpulkan, melalui tabung yang dilancarkan Loven.

Hope kini ditempatkan di pusat perlindungan Yayasan Bantuan Kanak-Kanak Afrika di Risskov, Denmark, yang ditubuhkan oleh Loven kira-kira tiga tahun lalu.