PENGASAS dan pemilik IKEA, Ingvar Kamprad mempunyai aset bernilai lebih AS$40 billion (RM163.4 billion).
Pendek kata, dia mampu membeli apa sahaja yang diingininya.
Namun, jutawan itu mendedahkan tabiatnya membeli pakaian terpakai dalam satu dokumentari terbitan stesen televisyen Sweden.
“Saya rasa saya tidak pernah memakai pakaian yang tidak dibeli di pasar lambak. Saya mahu tunjukkan contoh yang baik,” jelasnya kepada saluran TV4 Sweden.
Tabiat berjimat-cermat yang diamalkan oleh Ingvar menyumbang kepada kejayaan IKEA untuk menjadi salah satu jenama paling dikenali di dunia.
Penjimatannya tidak terhenti pada pakaian. Ingvar juga menjelaskan dia akan cuba mendapatkan harga termurah untuk menggunting rambut.
“Saya biasanya akan memotong rambut ketika saya berada di negara membangun. Kali terakhir di Vietnam,” tambahnya.
Ingvar Kamprad kini menetap di Sweden dan menyerahkan kebanyakan urusan IKEA kepada tiga anaknya yang mewarisi perniagaan.
IKEA diasaskan oleh Ingvar Kamprad kira-kira 73 tahun yang lalu dan kini mempunyai 381 cawangan di seluruh dunia.
Jenama IKEA merupakan akronim bagi Ingvar Kamprad Elmtaryd (nama ladang tempat Ingvar membesar) Agunnaryd (tempat kelahiran Ingvar di selatan Sweden).
Agensi
Fri Mar 11 2016
Ingvar Kamprad (gambar) kini menetap di Sweden dan menyerahkan kebanyakan urusan IKEA kepada tiga orang anaknya yang mewarisi perniagaan. - Foto AFP/Fabrice Coffrini
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Jutawan IKEA Ingvar Kamprad cukup berjimat, hanya beli baju di pasar lambak
Ingvar Kamprad mendedahkan tabiatnya membeli pakaian di pasar lambak melalui satu dokumentari terbitan saluran TV4 Sweden.