KUALA LUMPUR: Diabetes atau dikenali juga sebagai penyakit kencing manis merupakan antara penyakit 'popular' yang dihidapi rakyat Malaysia.
Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 menganggarkan, seramai 3.9 juta penduduk berusia 18 tahun dan ke atas di negara ini menghidapi penyakit tersebut.
Ketua Bahagian Kardiologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Dr Imran Zainal Abidin berkata, penyakit itu juga boleh meningkatkan risiko kepada penyakit kardiovaskular (jantung).
“Apabila ada pengumpulan kolesterol dalam salur darah jantung yang lama-kelamaan boleh tertutup, ini menyebabkan serangan jantung berlaku.
“Bila kadar gula tinggi menyebabkan kolesterol kelam kabut dan tekanan darah meningkat termasuk tempoh masa gula sudah ada di dalam badan kita,” katanya menerusi webinar -- “Jaga” Diabetes Sebelum Jantung Anda Binasa di LINC@Astro AWANI baru-baru ini.
Dalam pada itu, Ketua Perkhidmatan Sub-Kepakaran Endokrinologi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Zanariah Hussein berkata, satu daripada empat individu di negara ini berkemungkinan menghidapi diabetes.
“Satu daripada empat orang bersamaan 23 peratus berkemungkinan untuk menghidapi diabetes. Kajian saintifik (mendapati) kompilasi telah timbul (terhadap pesakit) sejak dari pradiabetes seperti di bahagian mata dan jantung,” jelasnya.
Bagaimanapun jelasnya, individu berusia 30 tahun ke atas dinasihatkan agar kerap membuat saringan kesihatan meskipun tidak mempunyai symptom penyakit berkenaan.
Ia bagi memastikan pesakit dapat mengesan awal penyakit tersebut, sekali gus memudahkan rawatan dilakukan segera.
“Kita sarankan bila umur mencecah 30 tahun ke atas untuk buat saringan diabetes, walaupun tiada keturunan diabetes, tiada sakit-sakit lain.
“Ini semua kita perlu tahu awal kerana beban penyakit tak berjangkit sangat tinggi. Kalau yang ada simptom atau melalui keturunan, cepat buat pemeriksaan,” katanya lagi.
Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai diabetes dan hubungannya dengan jantung, boleh melayari portal For Your Sweetheart.
For Your Sweetheart merupakan kempen kesedaran awam dan pendidikan yang dianjurkan oleh Persatuan Endokrin dan Metabolik Malaysia (MEMS) dan Persatuan Pendidik Diabetes Malaysia (MDES) dengan sokongan Boehringer Ingelheim bagi mendidik orang ramai mengenai hubungan diabetes dengan penyakit kardiovaskular.
Ia juga bertujuan menekankan kepentingan bagi pesakit diabetes untuk menjaga kesihatan jantung mereka serta digalakkan berbincang dengan doktor untuk melindungi jantung serta mencegah penyakit kardiovaskular serta kematian yang dikait rapat dengannya.
Ehsan A Marisah
Mon Apr 12 2021
Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 menganggarkan 3.9 juta penduduk berusia 18 tahun dan ke atas di negara ini menghidapi penyakit tersebut. - Gambar hiasan
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Pesawat ringan lakukan pendaratan cemas di LTSAAS
Insiden melibatkan pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB dikendalikan Techstrait Ltd.
Hampir 5 juta rakyat Malaysia berisiko hidap pradiabetes, diabetes - Lukanisman
Diabetes tidak menunjukkan simptom dan kebanyakan individu tidak sedar menghidapinya selain berkemungkinan tidak menjalani pemeriksaan awal.
Retinopati diabetik: Lakukan saringan penglihatan secara berkala
Retinopati diabetik merupakan gejala kerosakan pada retina mata dan boleh menyebabkan penglihatan mata merosot dan seterusnya buta.
Akses kepada informasi mengenai penyakit kencing manis penting - Dr Nor'Aishah
Usaha memberi kesedaran, menyediakan informasi dan juga cara penjagaan pengidap penyakit berkenaan amat penting bagi masyarakat negara ini.
Anwar arah semua kementerian amal kurangkan gula dalam jamuan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan semua kementerian untuk memastikan amalan kurangkan gula dilaksana dalam setiap jamuan.
Bukan sekadar manis semata-mata, kenal pasti punca dan simptom diabetes selain gula
Kelaziman penyakit diabetes dalam kalangan rakyat Malaysia dilihat semakin meningkat, dengan anggaran tujuh juta rakyat orang dewasa akan mengidap penyakit diabetes menjelang 2025.
Kerajaan belanja RM4.9 bilion setahun tangani diabetes - Dr Zaliha
Dr Zaliha berkata, usaha berterusan melibatkan semua pihak berkaitan penting dalam menangani penyakit berkenaan.
ADUN Belantik kritikal, sedang dirawat di HSAH
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantik Datuk Mohd Isa Shafie dilaporkan kritikal dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani.
Mencegah buta akibat diabetes
Kira-kira 64 peratus rakyat Malaysia tidak menyedari penyakit kencing manis menyebabkan penyakit mata.
Pesakit diabetes paling banyak dapatkan rawatan selepas Hari Raya
Keseronokan menikmati juadah hari raya seolah-olah terhenti bagi golongan yang menghidap penyakit kencing manis kerana khuatir jika tersalah makan akan mengakibatkan komplikasi terhadap kesihatan.
Patutlah gula asyik naik, rupanya salah cara! Ambil peduli nasihat doktor ini
Berikut perkongsian Dr Zubaidi Ahmad mengenai cara untuk menurunkan gula dalam darah