LIFESTYLE
‘Keajaiban’ Hagia Sophia, permata bersejarah Istanbul

Hagia Sophia sebuah keajaiban seni bina di Istanbul yang dibina 1,500 tahun yang lalu sebagai gereja Ortodoks ketika Constantinople menjadi tempat kelahiran Empayar Byzantine. - Gambar/ Unsplash/ Raimond Klavins
BANGUNAN ikonik, Hagia Sophia pastinya sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Terkenal pada namanya, mungkin ada segelintir dalam kalangan kita belum menghayati sejarah bangunan ini sepenuhnya.
Hagia Sophia sebuah keajaiban seni bina di Istanbul yang dibina 1,500 tahun yang lalu sebagai gereja Ortodoks ketika Constantinople menjadi tempat kelahiran Empayar Byzantine.
Selepas penaklukan Empayar Uthmaniyyah yang dipimpin Sultan Mehmet pada 1453, ia telah ditukar menjadi masjid.


Pada tahun 2020, Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mengumumkan Hagia Sophia dijadikan masjid semula.
Namun pada 1934, pemerintah sekular menukarnya kepada muzium dan dibuka kepada orang ramai. Pada tahun 2020, Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mengumumkan Hagia Sophia dijadikan masjid semula selepas mahkamah membatalkan status bangunan itu sebagai muzium.
Keunikan dan seni bina Hagia Sophia tidak perlu dipertikai, memasuki ruangan ini pastinya kita merasakan seolah olah sudah hidup berabad lamanya.
Melalui fasa penaklukan yang pelbagai, Hagia Sophia kini gah menjadi tempat beribadat umat islam di Turkiye dan tumpuan orang ramai untuk menunaikan solat.

Hagia Sophia sebuah keajaiban seni bina di Istanbul yang dibina 1,500 tahun lalu.
Penuh sejarah tranformasi
Hagia Sophia telah melalui beberapa transformasi sepanjang sejarahnya. Pada tahun 1453, selepas penaklukan Constantinople oleh Sultan Mehmed II, Hagia Sophia ditukar menjadi masjid.
Ia kekal sebagai masjid selama hampir 500 tahun sebelum dijadikan muzium pada tahun 1935 oleh Mustafa Kemal Ataturk. Pada tahun 2020, Hagia Sophia sekali lagi ditukar menjadi masjid, namun ia masih terbuka kepada pelawat dari seluruh dunia.
‘Keajaiban’ seni bina berabad lama
Salah satu kehebatan utama Hagia Sophia adalah seni binanya yang luar biasa. Kubah besar yang terletak di tengah-tengah bangunan adalah salah satu ciri yang paling menonjol.
Dengan ketinggian 55.60 meter dan diameter 31.87 meter, kubah ini adalah satu keajaiban seni bina yang menggabungkan elemen-elemen Byzantine dan Uthmaniyyah. Selain itu, Hagia Sophia juga dihiasi dengan jubin yang indah dan tiang-tiang marmar yang di import dari pelbagai sisi empayar.

Penulis (dua, kiri) kagum dengan keindahan Hagia Sophia yang penuh kisah sejarah.
Simbol pertemuan budaya dan agama
Hagia Sophia adalah simbol pertemuan antara budaya Timur dan Barat serta agama Kristian dan Islam. Ia telah berfungsi sebagai gereja, masjid, dan muzium, mencerminkan sejarah panjang dan pelbagai Turkiye. Keunikan ini menjadikan Hagia Sophia sebagai salah satu tapak warisan dunia UNESCO yang paling penting.
Hagia Sophia bukan sahaja sebuah bangunan yang indah, tetapi juga sebuah monumen yang penuh dengan sejarah dan simbolisme. Kehebatannya terletak pada kemampuannya untuk menggabungkan elemen-elemen seni bina yang berbeza, serta peranannya sebagai simbol pertemuan budaya dan agama.
Melawat Hagia Sophia adalah seperti melangkah ke dalam sejarah pertanyaan dan persoalan yang memerlukan jawapan, menjadikannya destinasi yang wajib dikunjungi bagi sesiapa yang menghargai sejarah dan seni bina.

Pada tahun 2020, Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mengumumkan Hagia Sophia dijadikan Masjid semula selepas Mahkamah membatalkan status bangunan itu sebagai muzium.
Pengalaman muzium Hagia Sophia yang menakjubkan!
Hagia Sophia ‘History & Experience Museum’ sebuah muzium yang menawarkan pengalaman yang unik dan mendalam mengenai sejarah Hagia Sophia. Terletak di Sultanahmet Square, Istanbul, muzium ini menceritakan sejarah 1700 tahun Hagia Sophia melalui pancaran audio visual.
Muzium ini mempunyai 13 dewan yang meliputi kawasan tertutup seluas kira-kira 3,200 meter persegi. Di sini, pengunjung dapat melihat pelbagai artifak dan pameran yang menggambarkan sejarah Hagia Sophia dari zaman Byzantine hingga zaman Uthmaniyyah.

Penulis (tiga, kiri) ketika kunjungan ke Hagia Sophia baru-baru ini.
Muzium ini juga menampilkan empat bahagian utama: Gereja, Masjid, Muzium, dan Masjid sekali lagi, yang mencerminkan transformasi Hagia Sophia sepanjang sejarahnya.
Salah satu ciri menarik muzium ini adalah penggunaan teknologi terkini untuk memberikan pengalaman visual dan bunyi dalam 23 bahasa yang berbeza. Pengunjung juga dapat melihat sebuah tangki air dari zaman Byzantine melalui tingkap di tingkat bawah bangunan.
Hagia Sophia History & Experience Museum adalah destinasi yang wajib dikunjungi bagi sesiapa yang ingin memahami sejarah dan kehebatan Hagia Sophia dari perspektif yang menakjubkan!
*Kembara di Turkiye bersama Essan Yahya dibawakan dengan Kerjasama Turkish Airlines dan Astro Awani.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami