SERDANG: Kerajaan MADANI meletakkan harapan besar untuk merealisasikan aspirasi memacu teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam mentransformasikan Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi, namun "ketidakfahaman masyarakat" dan keengganan untuk berubah menjadi cabaran utama.
Tidak dinafikan, sejak teknologi AI yang merupakan antara cabang di sebalik Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) semakin mengambil tempat dalam landskap ekonomi dan industri di seluruh dunia, masyarakat di negara ini tidak terkecuali diulit kebimbangan apabila melihatnya sebagai ancaman berbanding daripada impak positifnya.
Beberapa pakar yang ditemu ramah Bernama berkata, ketidakfahaman masyarakat kepada konteks sebenar kepentingan teknologi itu mencetus kepada persepsi AI sebagai musuh serta akan mengambil alih fungsi manusia dan seterusnya menawan dunia.
Bagi mereka, pengaplikasian AI akan melenyapkan peluang pekerjaan manusia apabila ia bakal digantikan dengan teknologi itu sepertimana yang berlaku dalam beberapa sektor pekerjaan ketika ini seperti sektor perhotelan sekali gus merisikokan kepada peningkatan kadar pengangguran.
Walhal, anggapan berkenaan tidak berasas sama sekali kerana kerancakan peralihan kepada teknologi AI ini pada hakikatnya tidak akan menggantikan sepenuhnya tenaga manusia tetapi berupaya mencipta peluang pekerjaan berkemahiran tinggi yang boleh diisi rakyat tempatan.
"Masyarakat perlu berubah dan bersedia menerima penggunaan teknologi AI kerana dengan teknologi tersebut akan memberi peluang kepada negara untuk melahirkan generasi pekerja baharu yang boleh menggunakan pelbagai aplikasi teknologi sekali gus menambah peluang pekerjaan kepada rakyat.
Jika dahulu, industri buruh, tenaga dan kerja kita lebih bergantung kepada tenaga buruh asing, teknologi AI akan menyaksikan perubahan dalam aspek berkenaan termasuklah dapat membantu menangani masalah dalam pelbagai sektor seperti pertanian dan sebagainya," kata Prof Rusli Abdullah.
Oleh kerana itu, Timbalan Ketua Kluster Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Majlis Profesor Negara (MPN) ini melihat program AI Untuk Rakyat yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini semalam, sebagai antara inisiatif terbaik Kerajaan Perpaduan dalam menyebarluaskan mengenai kepentingan dan manfaat teknologi berkenaan.
Pemahaman asas mengenai tekonologi AI sangat penting kerana ia merupakan peringkat paling utama dalam menarik kebersamaan masyarakat untuk turut sama mengadaptasi teknologi berkenaan bagi merealisasikan hasrat kerajaan ke arah pembinaan ekonomi digital kalis masa depan sekali gus menjana nilai lebih tinggi di persada dunia.
Menerusi kefahaman yang jelas, beliau berkata masyarakat juga akan dapat menerima AI dalam konteks lebih meluas bahawa teknologi AI bukanlah pengganti kepada pekerjaan menggunakan tenaga manusia tetapi sebenarnya melengkapi dan sekiranya diterokai dengan baik ia akan menyuntik kesan positif dalam pelbagai sektor.
Ini juga sejajar dengan laporan sebelum ini, "The Economy Impact Of Generative AI: The Future of Work In Malaysia" yang dikeluarkan oleh Malaysia Centre for 4th Industrial Revolution bahawa teknologi AI Generatif sahaja berpotensi membuka kapasiti produktif bernilai US$113.4 bilion dalam ekonomi Malaysia jika ia diterima pakai sepenuhnya merentas semua industri.
Langkah kerajaan memperkenalkan program AI Untuk Rakyat yang merupakan kerjasama dengan Intel Malaysia itu juga dilihat pakar dapat membantu menangani jurang literasi digital dan pemahaman AI dalam kalangan masyarakat khususnya bagi mereka yang menetap di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, Prof Datuk Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata, masalah jurang digital di Malaysia masih lagi besar dan antara faktor menyebabkan ada yang tidak mahu ikut serta akan anjakan kepada paradigma teknologi berkenaan.
"Masalah paling besar apabila masyarakat tidak faham dan ini menimbulkan kepada pelbagai anggapan. Ini perlu diatasi khususnya bagi masyarakat luar bandar dan kawasan pedalaman memandangkan negara ketika ini berhadapan dengan masalah jurang digital.
Tetapi, saya melihat pelaksanaan program AI Untuk Rakyat antara pendekatan terbaik kerajaan untuk mendedahkan masyarakat secara keseluruhannya mengenai perkara paling asas apabila kita bercakap mengenai AI supaya rakyat tidak ketinggalan atau enggan berubah," katanya.
Anwar juga semasa ucapan pelancarannya turut menekankan akan kepentingan semua pihak untuk menyahut segera anjakan paradigma ke arah teknologi AI ini bagi memastikan negara tidak ketinggalan memandangkan adalah satu kerugian besar sekiranya ia tidak dimanfaatkan.
Justeru, beliau yang juga merupakan Menteri Kewangan mahu program itu dimulakan secepat mungkin bagi melahirkan masyarakat celik digital dan celik AI dengan menyasarkan sejuta pengguna menjelang akhir tahun ini.
Sama ada mahu atau tidak, masyarakat tidak ada pilihan selain beradaptasi dengan teknologi AI dan kerana itu, program AI yang merupakan program pembelajaran kendiri dalam talian untuk meningkatkan pemahaman dan kesedaran orang ramai mengenainya dapat membantu ke arah kebersamaan untuk menyahut saranan kerajaan sekali gus ke arah menuju negara berpendapatan tinggi. - BERNAMA
Bernama
Wed Jan 17 2024
Sejak teknologi AI mengambil tempat dalam landskap ekonomi dan industri di seluruh dunia, masyarakat di negara ini tidak terkecuali diulit kebimbangan apabila melihatnya sebagai ancaman berbanding daripada impak positifnya. - Gambar Bernama
'Harga purata pangsapuri baharu Malaysia cecah RM582,887 pada suku pertama'
Harga purata bagi pangsapuri baharu di Malaysia mencecah RM582,887 pada suku pertama 2024 manakala purata harga jualan bagi kediaman sekunder bernilai RM521,614.
AWANI Borneo [30/04/2024] – Kerugian RM28.6 Juta | tertembak diri sendiri | Elak kerugian
AWANI Borneo Isnin, 30 April 2025 bersama Nickyson Nyambar.
> Sarawak rekod purata 6.7 kes penipuan sehari
> Polis tunggu laporan forensik telefon bimbit anak KPD maut tertembak.
> 130,000 penduduk setinggan Sabah bakal dapat penempatan baharu.
> Sarawak rekod purata 6.7 kes penipuan sehari
> Polis tunggu laporan forensik telefon bimbit anak KPD maut tertembak.
> 130,000 penduduk setinggan Sabah bakal dapat penempatan baharu.
Negara Barat cadang henti penjualan senjata dan sekat pemindahan teknologi ke Israel
Perbincangan itu bertujuan untuk melibatkan sebanyak mungkin negara dalam pakej "elemen tekanan" yang mengandungi cadangan mengenai sekatan ruang udara.
KP SPRM sahkan MB Perlis dibebas dengan jaminan
SPRM mengesahkan Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli dibebaskan dengan jaminan selepas memberi keterangan di ibu pejabat agensi itu di sini pada Selasa.
PRN17: Pendirian UMNO Sabah ketengahkan calon
Temu bual bersama Pensyarah Kanan, Pembangunan Manusia dan Politik Identiti UMS, Prof Madya Dr Romzi Ationg mengenai pendirian UMNO Sabah dalam mengetengahkan calon pada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17.
Syarikat Sweden mahu jadikan Sarawak pusat pengedaran di Asia Pasifik
Syarikat perindustrian berasaskan perniagaan hutan serta pulpa dan kertas dari Sweden, Holmen AB, berhasrat menjadikan Sarawak sebagai pusat pengedaran untuk meluaskan pasaran mereka di rantau Asia Pasifik.
SUEF kumpul RM3.57 juta bantu anak Sarawak
Dana Pendidikan Perpaduan Sarawak (SUEF) berjaya mengumpul RM3.57 juta daripada sektor korporat bagi membantu anak sarawak daripada keluarga B40 untuk melanjutkan pelajaran ke pendidikan tinggi.
ECRL: Kerja alih, pindah kubur di Selat Klang ditangguh seminggu - Amirudin
Kerja penggalian dan pemindahan 90 kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang bagi memberi laluan kepada pembangunan projek ECRL yang dijadualkan esok, ditangguhkan seminggu.
KKTP Sabah kenalpasti lokasi sesuai memindahkan penduduk
KKTP Sabah kenalpasti lokasi sesuai untuk dipindahkan bagi menempatkan lebih 130,000 penduduk yang menetap di kawasan setinggan.
Sarawak rekod purata 6.7 kes penipuan sehari, kerugian RM28.6 juta
Sarawak merekodkan purata 6.7 kes penipuan sehari sejak 1 Januari hingga 31 Mac tahun ini.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata memberitahu, jumlah kerugian yang direkodkan akibat jenayah komersial ini telah menjangkau RM28.6 juta.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata memberitahu, jumlah kerugian yang direkodkan akibat jenayah komersial ini telah menjangkau RM28.6 juta.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunai umrah
Forum Umrah dan Ziarah 2024, kali ini diadakan di Madinah menjadi platform penting bagi mengumpulkan semua pemain industri perkhidmatan
Astro AWANI dinobat adaptasi AI dalam pemberitaan terbaik di pentas Asia
Astro AWANI dinobat sebagai pemenang Anugerah Digital Media Awards 2024 bagi kategori adaptasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pemberitaan terbaik di rantau Asia.
Apple dilapor sedang bangunkan model bahasa raya untuk peranti
Laporan berkenaan hal ini telah hadir beberapa kali sebelum ini, membuatkan Apple seperti kelihatan agak tertinggal dalam arena berkenaan.
Microsoft uji VASA, watak AI untuk panggilan video bebas kamera web
Microsoft Research memperlihatkan VASA iaitu sistem AI yang boleh menjana wajah manusia yang hiper-realistik berserta dengan emosi pada wajah.
Kerajaan lihat keperluan rangka dasar, pinda perundangan mesra pelabur dan AI - PM Anwar
Bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata aspek keselamatan data perlu diberikan keutamaan.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
Elon Musk mungkin kenakan caj untuk pengguna X baharu, sebelum boleh lakukan perkongsian
Ia dikatakan mungkin adalah satu-satunya cara mengatasi masalah bot spam, apatah lagi dengan pelbagai kebolehan teknologi AI.
Chatbot Meta AI mula diberikan di WhatsApp, Instagram dan Messenger
Dengan Meta AI, pengguna boleh melakukan pertanyaan mengenai pelbagai topik yang mungkin ingin ditulis.