SEPANG: Kejayaan menakluk puncak kedua tertinggi dunia iaitu K2 di Pakistan adalah hadiah pendaki solo negara yang juga Orang Kurang Upaya (OKU), T Ravichandran, untuk Malaysia sempena Hari Kebangsaan ke-65 tahun ini.
Ravichandran, 57, yang dikenali sebagai Ravi Everest pada Khamis kembali ke tanah air selepas berjaya menawan puncak gunung setinggi 8,611 meter itu pada 10.50 pagi waktu tempatan, 22 Julai lepas bersama lima lagi pendaki solo terhebat dunia dengan diiringi lima sherpa.
"Ia satu penghormatan untuk membawa dan mengibarkan Jalur Gemilang di puncak K2 terutama sempena sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos ini," katanya kepada pemberita selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Khamis.
Ravichandran yang disambut isterinya Leela Ramamurthy berkata menjadi pendaki pertama Malaysia berjaya menakluk K2 adalah antara cita-citanya yang berhasrat untuk menakluk 14 gunung tertinggi di dunia dalam tempoh tiga tahun.
Beliau berkata K2 adalah ekspedisi keduanya tahun ini selepas berjaya menakluk Gunung Everest pada 12 Mei lepas.
"Pengalaman menakluk K2 adalah ia tiga kali ganda lebih susah daripada gunung-gunung di Nepal sebab itu K2 dikenali sebagai 'Gunung Pembunuh'.
"Ini adalah cabaran terbesar pernah saya lalui kerana perjalanan hari terakhir menuju ke puncak dan balik dalam masa 24 jam, saya merangkak dan menangis. Namun semangat untuk mengibarkan Jalur Gemilang membolehkan saya berjaya," katanya.
Ravichandran berkata kejayaan itu juga membawa mesej bahawa walaupun terdapat kekurangan, tidak mustahil golongan OKU mampu mencipta kejayaan seperti orang sempurna kerana setiap orang boleh melakar sejarah dan mencipta rekod dunia sekiranya kental, berusaha dan tidak berputus asa.
"Kami (OKU) boleh cemerlang seperti orang biasa. Kami boleh mencapai sesuatu yang luar biasa. Ketika saya berada di puncak K2, pendaki dunia dapat melihat keistimewaan Malaysia iaitu kita tidak memandang rendah golongan kurang bernasib baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 04 2022

Ravichandran berkata kejayaan itu juga membawa mesej bahawa walaupun terdapat kekurangan, tidak mustahil golongan OKU mampu mencipta kejayaan. - Facebook Team Malaysia

Penglibatan pelbagai semua pihak perlu untuk jayakan RKK Kota Raja-Pauh Putra - MB Perlis
Penglibatan semua pihak termasuk orang awam diperlukan bagi menjayakan Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Kota Raja-Pauh Putra, kata Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man.

Malaysia laksana polisi pengurusan kenderaan akhir hayat menjelang 2025
Malaysia sedang mengkaji pendekatan sesuai bagi melaksanakan polisi pengurusan kenderaan akhir hayat atau end-of-life vehicle (ELV) menjelang 2025.

Dua senario perlu dipertimbang sebelum tukar subsidi pukal ke bersasar - Gabenor BNM
Indikator penting yang perlu dipertimbang adalah apabila negara tidak lagi berdepan tekanan inflasi.

Rumah, kereta dan motosikal hangus dijilat api
Sebuah rumah di Kampung Serkam Darat terbakar 60 peratus manakala tiga motosikal dan satu kereta hangus dijilat api dalam satu kejadian kebakaran pagi tadi.

Permohonan Clare kemuka persoalan undang-undang adalah pramatang - Mahkamah Tinggi
Permohonan Clare Rewcastle-Brown yang ingin mengemukakan persoalan undang-undang di mahkamah berkaitan pertuduhan fitnah jenayah terhadapnya mengikut perlembagaan adalah bersifat pramatang.

Polis tahan wanita warga emas dera anak angkat
Wanita itu disyaki mendera anak angkatnya secara mengheret kanak-kanak itu dengan menarik rambutnya, di atas jalan berhadapan rumahnya di Tanjung Sepat, Kuala Langat.

Pertumbuhan ekonomi suku ketiga dijangka kekal kukuh - Tengku Zafrul
Kerajaan akan kekal berhati-hati untuk separuh kedua 2022 apabila prospek ekonomi masih tertakluk kepada risiko pertumbuhan yang lebih perlahan.

Web3 Expo bakal lonjak Malaysia ke Metaverse
Web3Expo, sebuah acara mega yang akan menghimpunkan nama-nama besar dunia ekonomi digital, akan diadakan buat julung kalinya di Malaysia.

AWANI Ringkas: Dengar saranan pihak kerajaan dan pembangkang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Jaringan keselamatan sosial pekerja p-hailing, e-hailing akan dibawa ke Kabinet - Saravanan
Jaringan keselamatan sosial bagi pekerja sektor p-hailing dan e-hailing akan dibawa kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.

Kejayaan tawan K2 hadiah sempena Hari Kebangsaan - Ravichandran
Ravi Everest berjaya menawan puncak gunung setinggi 8,611 meter itu pada 10.50 pagi waktu tempatan 22 Julai lalu.

Ravichandran rakyat Malaysia pertama tawan gunung K2
Pendaki solo negara yang juga merupakan Orang Kurang Upaya (OKU), T. Ravichandran, 57, menjadi rakyat Malaysia pertama mengibarkan Jalur Gemilang di puncak gunung K2, gunung kedua tertinggi di dunia.

Dua pendaki negara azam takluk tujuh puncak dunia
Dua pendaki negara dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berazam menakluki tujuh puncak di tujuh benua selepas berjaya menawan Gunung Everest dari arah Tibet pada 23 Mei lalu.