awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
Pilihan Raya Datuk Bandar KL: 'Tunggu kajian UIAM' - Kor Ming
Bot persiaran karam, lima kru terselamat 17 jam terapung di laut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelesuan haba boleh sebabkan strok haba, penyakit kronik bertambah serius

Bernama
Bernama
30/03/2016
23:53 MYT
Kelesuan haba boleh sebabkan strok haba, penyakit kronik bertambah serius
Tanda-tanda kelesuan haba mungkin termasuk banyak berpeluh dan nadi berdenyut dengan pantas. - Gambar hiasan
Orang ramai tidak harus memandang ringan kepada penyakit berkaitan cuaca panas kerana kelesuan haba berikutan cuaca panas melampau sekarang boleh menyebabkan strok haba dan penyakit kronik bertambah serius.
Ketua Jabatan kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur (HKL) Prof Datuk Seri Dr Abu Hassan Asaari Abdullah berkata dianggarkan 25 hingga 30 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan di seluruh negara tetapi tiada kes kritikal atau kematian dilaporkan di HKL.
"Apa yang orang ramai tidak sedar ialah mereka kehilangan air dalam badan apabila melakukan banyak aktiviti. Apabila air hilang, ia menyebabkan jantung berdenyut lebih cepat dan menjadikan sistem badan kita hiperaktif.
"Ini akan mengakibatkan penyakit kronik menjadi lebih serius seperti penyakit jantung, kencing manis dan masalah pernafasan," katanya kepada pemberita pada Rabu selepas perasmian Persidangan Kes Klinikal CME/CPD Kebangsaan 2016 di sini pada Rabu.
Beliau berkata anggota beruniform seperti polis, tentera dan pengawal keselamatan dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga dengan meminum banyak air dan sebaik-baiknya mencari tempat berlindung daripada cuaca panas melampau bagi mengelakkan kelesuan haba.
Dr Abu Hassan yang juga Pengerusi persidangan berkata, tanda-tanda kelesuan haba mungkin termasuk banyak berpeluh dan nadi berdenyut dengan pantas, disebabkan badan terlalu panas sebelum menyebabkan strok haba.
"Tempoh untuk kesesuan haba mengakibatkan strok haba ialah sangat singkat, dalam satu hingga dua jam sahaja dan pakar-pakar perubatan perlu menurunkan suhu badan pesakit sebelum ia menyebabkan strok haba.
"Strok haba adalah berbahaya kerana ia akan menyebabkan seluruh sistem badan berhenti daripada berfungsi, paru-paru digenangi air, pengedaran darah tidak stabil, kekejangan abdomen dan tidak sedarkan diri," kata beliau.
Persidangan itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya dan dihadiri oleh 450 kakitangan perubatan dan penjagaan kesihatan.
Topic Berkaitan
#cuaca panas
#cuaca panas jejas penyakit kronik
#Dr Abu Hassan Asaari
#fenomena El Nino
#strok haba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan