KUALA LUMPUR: Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah secara rasmi menamatkan zaman bujangnya selepas sah bergelar suami kepada pasangannya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah hari ini.
Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja berlangsung dengan penuh istiadat Brunei di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.
Bak kata pepatah, pasangan mempelai diraja ini bagai pinang dibelah dua. Sama cantik, sama padan!
BACA: Perkahwinan diraja: Putera Mateen, Dayang Anisha selamat diijab kabul
Dan tidak keterlaluan jika istiadat perkahwinan pasangan diraja ini digambarkan sebagai 'perkahwinan dekad ini'.
Seperti mana seantero dunia mengenali Putera Mateen, tetapi jangan lupa latar belakang Dayang Anisha juga bukan calang-calang.
Selain memiliki paras rupa yang jelita, Dayang Anisha atau juga dikenali sebagai Anisha Rosnah Isa-Kalebic berasal daripada latar belakang keluarga bangsawan.
Kenali Dayang Anisha!
1. Cucu kepada Pehin Datuk Isa, yang merupakan penasihat khas kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.
2. Datuk Dayang Anisha pernah dilantik sebagai Timbalan Peguam Negara pada 1968 dan Timbalan Menteri Besar pada 1970.
3. Gadis berusia 29 tahun ini merupakan graduan dari salah sebuah universiti tersohor di United Kingdom (UK)
BACA: Pasangan Diraja Brunei Putera Mateen, Dayang Anisha bertunang
BACA: Perkahwinan Diraja: Istiadat Bersuruh Diraja Putera Mateen, Dayang Anisha berlangsung
.
4. Bergaya dan jelita! Majalah Esquire juga melaporkan Dayang Anisha merupakan pemilik jenama fesyen Silk Collective.
5. Beliau juga pengasas bersama Authentirary, sebuah syarikat pelancongan yang menawarkan pengalaman budaya di pelbagai bandar.
6. Abang Dayang Anisha, iaitu Danial Deen Isa-Kalebic merupakan sahabat baik kepada Putera Mateen.
7. People Magazine melaporkan Putera Mateen dan Dayang Anisha dipercayai menjalin hubungan cinta sejak beberapa tahun lalu. Pasangan itu dilihat bersama dalam beberapa acara umum termasuk perkahwinan Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah.
Astro Awani
Thu Jan 11 2024
Putera Mateen dan Dayang Anisha Rosnah sah bergelar suami isteri selepas Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja disempurnakan pada Khamis - Foto/Intagram tmski
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Keadaan PM Fico 'kritikal' - Parti Smer
Keadaan Perdana Menteri Slovakia Robert Fico 'kritikal' selepas cubaan membunuhnya, menurut parti pemerintah Smer pada Rabu, lapor Sputnik.
Polis minta bantuan orang ramai kesan pencuri pakaian dalam di Balik Pulau
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki yang mencuri pakaian dalam wanita di ampaian sebuah rumah di Titi Teras, di sini seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini.
4,133 kompaun merokok bernilai RM1.02 juta dikeluarkan pada April - KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan 4,133 kompaun bernilai RM1.02 juta sepanjang April lepas atas kesalahan merokok.
Tiada larangan warga asing guna nama pasangan rakyat tempatan berniaga di Johor
PBT di Johor tidak mempunyai larangan untuk warganegara asing yang berkahwin dengan rakyat tempatan menjalankan aktiviti perniagaan termasuk menggunakan nama pasangannya.
PM baharu dijangka pertingkat libat urus dengan rakyat Singapura dan Malaysia
Singapura bakal menyaksikan peralihan kuasa pertamanya dalam tempoh 20 tahun apabila Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengambil keputusan untuk berundur.
Guna teknologi AI dalam industri pembinaan - Ahmad Maslan
Syarikat pembinaan disaran untuk memanfaatkan sepenuhnya teknologi kecerdasan buatan (AI), bagi meningkatkan kecekapan, menjimatkan kos, serta mengurangkan tempoh masa projek pembinaan.
Tumpuan Khamis – 16 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Program Kita-Untuk Kita Think City bentuk pemimpin muda berkualiti
Think City telah menganjurkan Sidang Anak Muda K2K Sidang pertama pada 11 Mei 2024 bertempat di Dewan Tuna, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Cyberjaya.
Model antarabangsa Naomi Campbell beri 'hati' kepada Putera Mateen
Putera Mateen dan Dayang Anisha sah bergelar suami isteri dalam istiadat penuh bersejarah yang berlangsung pada Khamis.
Kenali Dayang Anisha, wanita yang berjaya tawan hati Putera Mateen
Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja berlangsung dengan penuh istiadat Brunei di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan pada Khamis.