KUALA LUMPUR: Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah secara rasmi menamatkan zaman bujangnya selepas sah bergelar suami kepada pasangannya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah hari ini.

Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja berlangsung dengan penuh istiadat Brunei di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

Bak kata pepatah, pasangan mempelai diraja ini bagai pinang dibelah dua. Sama cantik, sama padan!

BACA: Perkahwinan diraja: Putera Mateen, Dayang Anisha selamat diijab kabul

- RTB

Dan tidak keterlaluan jika istiadat perkahwinan pasangan diraja ini digambarkan sebagai 'perkahwinan dekad ini'.

Seperti mana seantero dunia mengenali Putera Mateen, tetapi jangan lupa latar belakang Dayang Anisha juga bukan calang-calang.


Selain memiliki paras rupa yang jelita, Dayang Anisha atau juga dikenali sebagai Anisha Rosnah Isa-Kalebic berasal daripada latar belakang keluarga bangsawan.

Kenali Dayang Anisha!

.

1. Cucu kepada Pehin Datuk Isa, yang merupakan penasihat khas kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

2. Datuk Dayang Anisha pernah dilantik sebagai Timbalan Peguam Negara pada 1968 dan Timbalan Menteri Besar pada 1970.

3. Gadis berusia 29 tahun ini merupakan graduan dari salah sebuah universiti tersohor di United Kingdom (UK)

BACA: Pasangan Diraja Brunei Putera Mateen, Dayang Anisha bertunang

BACA: Perkahwinan Diraja: Istiadat Bersuruh Diraja Putera Mateen, Dayang Anisha berlangsung
.

.

4. Bergaya dan jelita! Majalah Esquire juga melaporkan Dayang Anisha merupakan pemilik jenama fesyen Silk Collective.

5. Beliau juga pengasas bersama Authentirary, sebuah syarikat pelancongan yang menawarkan pengalaman budaya di pelbagai bandar.

6. Abang Dayang Anisha, iaitu Danial Deen Isa-Kalebic merupakan sahabat baik kepada Putera Mateen.

7. People Magazine melaporkan Putera Mateen dan Dayang Anisha dipercayai menjalin hubungan cinta sejak beberapa tahun lalu. Pasangan itu dilihat bersama dalam beberapa acara umum termasuk perkahwinan Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah.