LAPORAN berita pada 14 April 2016 melaporkan telah berlaku satu gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter di barat daya Jepun sekitar jam 9.26 malam. Gempa bumi ini telah menyebabkan sembilan kematian dan beratus yang lain cedera.
Seterusnya pada 16 April 2016, iaitu dua hari selepas gempa pertama, Jepun sekali lagi digemparkan dengan gempa bumi yang lebih kuat berukuran 7.3 magnitud di Kumamoto waktu awal pagi. Gempa terbaharu telah mengakibatkan 18 orang maut.
Kemudian, pada tarikh yang sama jam 6.58 petang di Equador, gempa bumi pada kedalaman 10 kilometer dikesan di arah barat laut pantai Ecuador. BBC News melaporkan 272 orang disahkan meninggal dunia dan 1,500 lagi cedera.
Kejadian gempa bumi ini jelas sekali telah menyebabkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda, jalan raya dan perubahan struktur muka bumi kawasan yang terlibat. Lebih menyulitkan lagi apabila kawasan tersebut mengalami hujan lebat dan tanah runtuh yang membahayakan nyawa jika cuba memasukinya.
Walau bagaimanapun, tugas seorang wartawan yang perlu sentiasa mendapatkan maklumat tepat mengenai sesuatu insiden haruslah diteruskan.
Namun persoalannya, bagaimanakah seorang wartawan dapat membuat laporan mengenai kawasan bencana seperti gempa bumi tanpa membahayakan diri?
Jawapannya adalah dengan teknik drone journalism atau kewartawanan dron, yang bermaksud penggunaan pesawat tanpa pemandu untuk tujuan laporan berita.
Sebelum kita bercerita panjang mengenai kewartawanan dron, apakata kita imbas kembali peristiwa hitam sebelum kewujudan dron dan bagaimana seorang wartawan pada amnya membuat liputan berita.
Tragedi dengan helikopter
Pada tahun Oktober 1986, seorang wartawan dari WNBC AM Radio bernama Jane Dornacker maut apabila helikopter yang dinaiki mengalami kerosakan mekanikal dan terhempas di sungai Hudson.
Tragedi berlaku apabila helikopter yang dinaiki mula menjunam sebaik Jane Dornacker mula membuat liputan mengenai trafik di bandar New York. Laporan siasatan mendapati helikopter tersebut tidak diselenggara dengan baik dan ia menggunakan alat ganti yang tidak sesuai.
Dari insiden ini jelas penggunaan helikopter untuk membuat liputan berita bagi sebuah organisasi media tidak sesuai kerana ia melibatkan kos yang mahal dari segi penyelenggaran, risiko kerosakan mekanikal dan boleh membahayakan nyawa wartawan.
Namun hari ini, teknik membuat liputan berita dari udara berbeza sekali dengan adanya dron. Kini, laporan berita dikawasan bencana, trafik sesak dan sukar dimasuki boleh direalisasikan menggunakan dron yang diterbangkan ke kawasan liputan dan merakam visual dan runut bunyi untuk tujuan pemberitaan.
Berbalik kepada tragedi gempa bumi yang berlaku baru-baru ini. Saya melihat peranan kewartawanan dron dalam membuat liputan berita di kawasan bencana sangat diperlukan dan laporan berterusan mampu membuat penonton kekal mengikuti perkembangan terbaru mengenai sebarang tragedi.
Analisa muka bumi
Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk membuat analisa awal mengenai keadaan muka bumi yang telah berubah dan melaporkan langsung dari kawasan kejadian ke bilik berita dan seterusnya ke dalam media massa.
Pokoknya, kewartawanan dron telah membuka dimensi baharu dalam dunia kewartawanan. Visual berita melalui kewartawanan dron boleh dinikmati dalam bentuk ‘pandangan mata burung’, iaitu satu pandangan dari atas ke bawah. Diiringi runut bunyi, laporan berita itu menjadi sesuatu yang unik dan mampu menarik perhatian penonton.
Pada hemat saya juga, kewartawanan dron boleh digunakan oleh wartawan akhbar cetak, wartawan berita dalam talian, wartawan dari radio atau pun agensi berita dalam membuat liputan yang memerlukan visual terkini mengenai insiden atau tragedi semasa.
Walaupun di Malaysia budaya kewartawanan dron belum popular dan berkembang dalam kalangan organisasi media, saya yakin suatu hari nanti ia akan berubah mengikut keperluan semasa dan tertakluk kepada kelulusan perundangan dalam penggunaan dron dalam kalangan wartawan.
Inisiatif sendiri
Selain itu, saya juga tidak menolak ada dalam kalangan wartawan Malaysia yang telah mengambil inisiatif sendiri untuk menggunakan dron untuk tujuan pemberitaan. Bagi wartawan luar negara pula, kewartawanan dron adalah trend yang dijangka berkembang seiring kemajuan teknologi yang lebih canggih dan murah dalam pembuatan dron.
Realiti penggunaan dron di Malaysia lebih tertumpu kepada organisasi keselamatan dan agensi kerajaan.
Contohnya, pada Ogos 14, 2015, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa polis telah menubuhkan unit dron di bawah Unit Udara PDRM.
Tujuan unit dron ini adalah untuk memantau situasi seperti perhimpunan haram dan rondaan di sekitar kawasan perumahan. Menurut Khalid lagi, buat masa ini segalanya masih diperingkat latihan pegawai dan perlesenan.
Saya berpendapat kewartawanan dron penting bagi organisasi media membuat liputan ke kawasan-kawasan yang sukar ditembusi.
Tragedi yang tidak boleh dijangka seperti gempa bumi dan bencana alam boleh berlaku pada bila-bila masa dan apabila ia berlaku perkara pertama yang perlu dikongsi pada masyarakat adalah maklumat mengenai keadaan kawasan tersebut.
Wujudkan kerjasama
Selain dari laporan bencana, untuk permulaan saya melihat kewartawanan dron boleh digunakan secara kerap untuk laporan trafik setiap pagi atau musim perayaan.
Memandangkan terdapat kesesakan lalu lintas yang konsisten setiap pagi dan pada musim perayaan di beberapa ibu kota di Malaysia, maka penggunaan teknik kewartawanan dron membolehkan penonton mengetahui keadaan trafik semasa yang lengkap dengan visual dan runut bunyi untuk memudahkan mereka membuat jadual perjalanan.
Akhir sekali, kerjasama di antara organisasi media, Polis dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) contohnya haruslah di wujudkan dahulu.
Satu bentuk sistem latihan teknik menerbangkan dron dan isu-isu keselamatan dalam penggunaan dron juga perlu diberi perhatian.
Di penghujungnya, tujuan kita adalah untuk melahirkan profesional dalam penggunaan dron yang memahami aspek-aspek perundangan dan juga aspek keselamatan nyawa dan harta benda dalam pengendalian dron.
*Dr. Ahmad Sauffiyan Abu Hasan adalah penyelidik dalam ilmu Perangsaraf Media dan Informasi dan pernah menjadi Felo Penyelidik Operasi Psikologi dan Propaganda di Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi (UiTM).
**Pandangan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Ahmad Sauffiyan Abu Hasan
Wed Apr 20 2016
Liputan berita untuk menggambarkan kawasan dilanda bencana seperti gempa bumi yang terjadi di Ecuador baru-baru ini boleh memanfaatkan penggunaan dron. - Gambar fail
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Arab Saudi memintas 526 drone peledak, 346 peluru berpandu balistik
Al-Maliki memaklumkan tiada negara lain selain Arab Saudi yang memiliki kebolehan tersebut.
Police hunt man for smuggling drugs into Singapore using drone
Police are tracking down a Singaporean man known as Boy Setan who is the prime suspect for smuggling drugs into the republic using a drone.
MIGHT labur RM20 juta kepada Aerodyne bukan untuk projek 'kereta terbang'
Tegas Mohd Yusoff, pelaburan VentureTech ke dalam Aerodyne dibuat berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.
Akhirnya Julian Assange ditahan polis
Pengasas WikiLeaks Julian Assange akhirnya ditahan polis setelah berlindung di Kedutaan Ecuador sejak 2012.
Bernas perlu sahut cabaran giatkan teknologi pertanian - Salahuddin
Agensi Padiberas Nasional Malaysia perlu mengorak langkah secara menyeluruh menerokai bidang baharu menjurus kepada pemodenan pertanian.
Dron bukan punca nahas helikopter pemilik kelab Leicester City
Dron milik polis bukan penyebab kepada tragedi helikopter terhempas yang mengorbankan Pengerusi dan pemilik kelab Leicester City
Wanita terjatuh ke dalam lubang 8 meter selama tiga hari
Pihak polis hanya menemuinya pada hari Ahad selepas melakukan operasi mencarinya menggunakan drone.
Syria dakwa Israel lancar serangan udara di kem tentera di Damsyik
Beberapa jam selepas serangan dibuat, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengeluarkan amaran terhadap Iran berhubung operasi ketenteraan di Syria.
Wisma Putra sahkan wartawan Malaysia dipenjara dua bulan di Myanmar
Kementerian Luar hari ini mengesahkan laporan beberapa agensi berita antarabangsa bahawa wartawan Malaysia, Mok Choy Lin dijatuhi hukuman penjara dua bulan di Myanmar.
'Kewartawanan Dron' di kawasan bencana bantu liputan berita
Konsep liputan berita menggunakan teknologi dron boleh mengubah cara memperoleh dan menyampaikan maklumat, khususnya dalam situasi bencana.