Astro Awani
Sun Jun 09 2013
Kini Trending menyoroti perkara-perkara menarik di laman sosial hari ini, antaranya:-
Terowong L.E.D Australia hangatkan media sosial
Dianggarkan lebih 20,000 pengunjung menghadiri festival Vivid Sydney 2013 yang menyaksikan persembahan lampu interaktif di Australia.
Antara tumpuan adalah ratusan ribu lampu L.E.D yang dijadikan sebuah terowong yang mampu bertindak balas apabila pelawat berinteraksi menggunakan media sosial.
Menggunakan hashtag #HopeForChange, mereka menghantar status tentang perubahan positif yang diharapkan berlaku dalam masa 200 tahun akan datang. Semakin banyak mesej yang dihantar ke dalam media sosial, semakin menarik dan dinamik persembahan terowong L.E.D itu.
Nenek berusia 102 tahun lakukan sukan ekstrem
Seorang nenek, Dorothy Custer yang baru sahaja menyambut ulang tahun ke 102 itu baru-baru ini melakukan terjunan BASE di Idaho, Amerika Syarikat.
Dalam masa sama ia menjadikan Custer sebagai wanita tertua yang melakukan sukan ekstrem itu dengan video bukti yang dimuat naik ke laman Youtube baru-baru ini.
Walaupun masih belum dicatatkan secara rasmi oleh Guiness World Book Of Record, ramai berpendapat, aksi Custer itu telah memberikan inspirasi kepada semua.
Alam Flora lancar aplikasi aduan baru
Orang ramai kini boleh membuat aduan berhubung masalah kebersihan kepada Alam Flora dengan menggunakan telefon pintar android.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Mohd Zain Hassan, orang ramai boleh membuat aduan melalui aplikasi Alam Flora For You yang akan menyalurkan aduan terus ke pusat perkhidmatan pelanggan.
Anda boleh memuat turun aplikasi Alam Flora For U ini menerusi Google Play Store.
Bieber memiliki 40 juta pengikut di Twitter
Penyanyi popular Justin Bieber menjadi individu pertama memiliki lebih 40 juta pengikut di laman Twitternya.
Mengikuti rapat di belakangnya adalah Lady Gaga yang kini mempunyai 37.9 juta pengikut.
Bieber berterima kasih kepada peminatnya yang membantu mencapai angka itu dengan menghantar mesej bersama #40MillionBeliebers di twitter.
Google & Facebook berang dengan intipan Amerika Syarikat
Intipan kerajaan Amerika Syarikat terhadap seluruh rakyat menerusi internet menyebabkan pengasas Facebook dan Google menyatakan pendirian mereka secara terbuka.
Dalam masa sama, Mark Zuckerberg bersama Larry Page mengutuk tindakan kerajaan Amerika selain menggesa Obama mendedahkan aktiviti perisikan digital itu kepada umum.
Google dan Facebook juga menolak sekeras-kerasnya bahawa mereka terlibat dalam program perisikan yang dinamakan PRISM itu.
Untuk mengetahui lebih banyak tumpuan menarik di laman media sosial, jangan lupa saksikan Kini Trending, setiap hari jam 8.15 malam dan ulangan pada 11.45 malam di Astro Awani.
Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Foto menteri Indonesia tertidur keletihan di lapangan terbang AS tular
Menteri Maritim dan Perikanan Indonesia Susi Pudjiastuti berada di AS untuk menghadiri persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Anak murung dek kerja rumah, ibu beri kata dua kepada guru
Seorang ibu di Kanada tidak mahu anak perempuan beliau yang berusia 10 tahun mengalami kemurungan kerana tugasan kerja rumah.
Lelaki 'kahwini' robot setelah gagal cari calon isteri
Zheng Jiajia merupakan seorang pencipta robot dan pakar kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) di Hangzhou.
Justin Trudeau 'cabar' bekas pelakon 'Friends' untuk bergasak
Matthew Perry sebelum ini pernah mendedahkan bahawa beliau pernah pukul Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau ketika berada di sekolah rendah yang sama.
Gara-gara pakai 'leggings', remaja dihalang menaiki pesawat United Airlines
Seorang jurucakap United Airlines berkata penumpang berkenaan menggunakan tiket khas yang diberikan kepada ahli keluarga dan mereka harus mematuhi beberapa terma, termasuk kod pakaian.
Menari persis Britney Spears, pramugara AirAsia curi perhatian CEO dan netizen
Video yang menampilkan seorang anak kapal AirAsia tular di media sosial setelah dikongsi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dan akaun 9gag.
Suara merdu kanak-kanak 4 tahun buat netizen cair
Hilangkan Monday Blues anda dengan menyaksikan video muzik yang comel, nyanyian kanak-kanak 4 tahun, Claire Ryann Crosby.
'Aku tidak peduli apa kata orang, kutukan orang, kerana ini kebahagiaan aku' - Hafiz Mahamad
Tular sejak Sabtu, video berdurasi tiga minit 20 saat itu menunjukkan Hafiz membuat kejutan untuk keluarganya dengan menaiki kapal mewah.
Tiada lagi pengiklanan berita palsu di Facebook, Google
Facebook dan Google masing-masing melarang laman portal yang sebar berita palsu dari menggunakan perkhidmatan pengiklanan mereka.
Lagu 'Pen Pineapple Apple Pen' tersenarai dalam carta Billboard Hot 100
Lagu 'Pen Pineapple Apple Pen' (PPAP) berjaya memasuki carta Billboard Hot 100 hasil jumlah penstriman yang memberangsangkan.