Kini Trending menyorot cerita-cerita menarik di laman sosial hari ini antaranya:-
#5 PENDEDAHAN TERBARU MENGENAI PRISM
Amerika Syarikat didakwa melakukan intipan ke seluruh dunia menggunakan telefon, e-mel dan data internet selepas serangan 11 Septembar 2001.
Pendedahan terbaru akhbar ‘The Guardian’ menunjukkan (NSA) turut mengumpul data internet membabitkan warga Amerika termasuk pengguna telefon.
Bagaimanapun, Pengarah Agensi Keselamatan Kebangsaan, Jeneral Keith Alexander mempertahankan program intipan tersebut dengan menyifatkan banyak aktiviti keganasan di Amerika Syarikat dapat dihidu dan diatasi.
#4 ULANG TAHUN KEDUA GOOGLE+
Google+ hari ini mengubah logo pada laman sosial bagi menandakan ulang tahunnya yang kedua sejak ia diperkenalkan pada 2011.
selain itu, semestinya salah satu fungsi popular pada perkhidmatan tersebut adalah hang out, yang membolehkan pengguna membuat panggilan video dan membuat rancangan perbualan sendiri di Youtube dengan mudah.
Google juga akan membawa lebih banyak perubahan baru pada perkhidmatan tersebut.
#3 SHISHA HARAM DI NEGERI PERLIS
Jawatankuasa Fatwa menjelaskan, kepulan asap yang tebal serta penggunaannya yang lebih lama berbanding rokok adalah antara punca utama.
Kajian Anti Tembakau Perancis (OFT) mengesahkan, bahan itu mengandungi karbon monoksida dengan sekali henbus bersamaan 52 batang rokok.
Sehubungan itu, pihak berkuasa juga akan memantau kegiatan itu serta merta kerana dibimbangi menjadi gejala tidak sihat untuk masa panjang.
#2 KEMERIAHAN FINAL PIALA FA
Malam ini berlansungnya perlawanan akhir Piala FA menemukan Johor Darul Takzim dan Kelantan.
Kemeriahan dan kehangatan perlawanan malam ini dapat diikuti menerusi laman sosial.
Rata-rata, peminat Johor Darul Takzim FC dan The Red Worriors berkongsi gambar keghairahan mereka ingin melihat pasukan masing-masing menjuarai Piala berprestij itu.
#1 MENARIK DI PLANET GEMPAK
Hari ini bermulanya karnival Planet Gempak Astro di perkarangan Stadium Batu Kawan Pulau Pinang.
Antara mencuri tumpuan adalah ‘mini ramp’ di booth Astro Awani, dimana peminat sukan papan selaju atau ‘skateboarding’ boleh memaparkan bakat masing-masing.
Pertandingan itu diadakan bagi mencari juara keseluruhan dari kesemua empat lokasi Planet Gempak di seluruh Malaysia.
Untuk mengetahui lebih banyak tumpuan menarik di laman media sosial, jangan lupa saksikan Kini Trending, setiap hari jam 8.15 malam dan ulangan pada 11.45 malam di Astro Awani.
Astro Awani
Sat Jun 29 2013
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Foto menteri Indonesia tertidur keletihan di lapangan terbang AS tular
Menteri Maritim dan Perikanan Indonesia Susi Pudjiastuti berada di AS untuk menghadiri persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Anak murung dek kerja rumah, ibu beri kata dua kepada guru
Seorang ibu di Kanada tidak mahu anak perempuan beliau yang berusia 10 tahun mengalami kemurungan kerana tugasan kerja rumah.
Lelaki 'kahwini' robot setelah gagal cari calon isteri
Zheng Jiajia merupakan seorang pencipta robot dan pakar kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) di Hangzhou.
Justin Trudeau 'cabar' bekas pelakon 'Friends' untuk bergasak
Matthew Perry sebelum ini pernah mendedahkan bahawa beliau pernah pukul Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau ketika berada di sekolah rendah yang sama.
Gara-gara pakai 'leggings', remaja dihalang menaiki pesawat United Airlines
Seorang jurucakap United Airlines berkata penumpang berkenaan menggunakan tiket khas yang diberikan kepada ahli keluarga dan mereka harus mematuhi beberapa terma, termasuk kod pakaian.
Menari persis Britney Spears, pramugara AirAsia curi perhatian CEO dan netizen
Video yang menampilkan seorang anak kapal AirAsia tular di media sosial setelah dikongsi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dan akaun 9gag.
Suara merdu kanak-kanak 4 tahun buat netizen cair
Hilangkan Monday Blues anda dengan menyaksikan video muzik yang comel, nyanyian kanak-kanak 4 tahun, Claire Ryann Crosby.
'Aku tidak peduli apa kata orang, kutukan orang, kerana ini kebahagiaan aku' - Hafiz Mahamad
Tular sejak Sabtu, video berdurasi tiga minit 20 saat itu menunjukkan Hafiz membuat kejutan untuk keluarganya dengan menaiki kapal mewah.
Tiada lagi pengiklanan berita palsu di Facebook, Google
Facebook dan Google masing-masing melarang laman portal yang sebar berita palsu dari menggunakan perkhidmatan pengiklanan mereka.
Lagu 'Pen Pineapple Apple Pen' tersenarai dalam carta Billboard Hot 100
Lagu 'Pen Pineapple Apple Pen' (PPAP) berjaya memasuki carta Billboard Hot 100 hasil jumlah penstriman yang memberangsangkan.