Kini Trending menyoroti perkara-perkara menarik di laman sosial hari ini, antaranya:-

farid

Farid Kamil patah bahu akibat kemalangan


Pengarah dan pelakon popular, Farid Kamil mula mendapat perhatian selepas terlibat dengan kemalangan motosikal di litar lumba Subang Jaya baru-baru ini.

Menurut jurucakap Metrowealth, motosikal mini kawasaki KSR 110 yang ditunggangnya hilang kawalan sewaktu melalui selekoh sebelum terbabas ke bahu jalan.

Berlumba di litar menaiki motosikal berkuasa tinggi juga dikatakan antara hobi Farid Kamil.

dafi

Dafi tampil beri kenyataan susulan khalwat

Penyanyi dan pelakon popular, Dafi yang baru-baru ini heboh diperkatakan ditangkap khalwat bersama pembantu peribadinya tampil memberi kenyataan.

Dafi menjelaskan kejadian ditangkap khalwat di Batu Pahat adalah insiden salah faham dan maklumat yang tidak benar.

Mahupun imejnya tercalar akibat tuduhan itu, dafi atau nama sebenar Gadaffi Ismail Sabri memberitahu kejadian tersebut telah memberikan pengajaran yang besar buatnya.

maut

Tragedi misi menawan gunung Everest

Trending di media sosial hari ini adalah kisah seorang jurutera Perbadanan Putrajaya meninggal dunia ketika menyertai misi menawan Gunung Kala Pathar dan Everest Base Camp.

Jurucakap Kedutaan Malaysia di Kathmandu, Nepal mengesahkan, Mohammad Shahrulnizam Ahmad Nazari meninggal dunia sekitar jam 7.15 malam waktu tempatan.

Shahrulnizam meninggal dunia selepas diserang penyakit akut gunung.

bunuh diri

Aktres Bollywood bunuh diri

Turut trending dikalangan peminat Bollywood adalah kematian pelakon baru, Jiah Khan yang pertama kali muncul di layar perak bersama lagenda Amitabh Bachchan.

Pihak polis mensyaki aktress itu menggantung dirinya di rumah pada lewat malam bagi mengelakkan dirinya dari dikesan ahli keluarga.

Mahupun filem dibintanginya itu tidak mendapat sambutan besar dan dianggap biasa, Jiah tetap dipuji ramai atas lakonannya membawa watak remaja yang jatuh hati kepada watak Bachchan.

cuba

Rakyat Cuba menikmati internet buat kali pertama

Akhirnya rakyat negara Cuba kini berpeluang mengakses internet secara meluas selepas pihak berkuasa menawarkan lebih seratus akses awam di negara itu.

Kerajaan Cuba sebelum ini lambat menyediakan akses internet kepada penduduk negara itu kerana mendakwa ianya terlalu mahal untuk disediakan secara meluas.

Rata-rata penduduk menyifatkan penggunaan internet memudahkan kehidupan harian mereka terutamanya berkaitan komunikasi.

Untuk mengetahui lebih banyak tumpuan menarik di laman media sosial, jangan lupa saksikan Kini Trending, setiap hari jam 8.15 malam dan ulangan pada 11.45 malam di Astro Awani.