ALOR GAJAH: Kompleks Air Panas Gadek sedang dinaik taraf menggunakan konsep 'Wellness and Spa Resort' membabitkan kos RM17.9 juta dan dijangka siap pada Ogos tahun ini, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Beliau berkata kerja-kerja naik taraf kompleks di tapak berkeluasan 4.05 hektar yang mula dilaksanakan pada Ogos 2021 itu merangkumi antaranya 20 bilik hotel, lapan chalet, satu spa keluarga, dua kolam air panas rendaman kaki serta fasiliti lain seperti surau, tandas dan bilik persalinan.
Katanya, setakat ini kerja-kerja menaik taraf kompleks itu mencapai 62 peratus, awal satu peratus daripada jadual asal projek itu.
"Projek naik taraf kompleks ini diluluskan di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-11, Rolling Plan Keempat sebelum ini iaitu sekitar tahun 2020.
"Bangunan ini perlu dinaik taraf kerana ia merupakan salah satu khazanah negara dan ikon pelancongan negeri yang tersenarai dalam 138 tarikan utama di Melaka," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke tapak Kompleks Air Panas Gadek di sini pada Isnin.
Turut hadir Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan Usahawan negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek VP Shanmugam.
Sulaiman berkata Kompleks Air Panas Gadek merupakan produk pelancongan berasaskan kesihatan menerusi mandian air panas semula jadi di kawasan itu yang mengandungi sulfur dan baik untuk kesihatan.
Beliau berkata kerja-kerja menaik taraf kompleks itu bertujuan memberi keselesaan dan pengalaman lebih baik kepada pengunjung dalam usaha menarik lebih ramai pelancong dengan sasaran 360,000 pengunjung setahun setelah projek tersebut siap.
"Kompleks Air Panas Gadek ini juga akan menjadi tarikan baharu kepada pelancong dalam dan luar negara seperti dari Jerman, China, dan Taiwan sempena Tahun Melawat Melaka 2024," katanya.
Katanya projek itu juga akan menawarkan 70 peluang pekerjaan baharu dan mewujudkan peluang perniagaan kepada penduduk setempat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 21 2023

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali (lima kanan) melihat sumber baharu air panas yang ditemui ketika kerja-kerja menaik taraf Kompleks Air Panas Gadek. - Foto BERNAMA

KPDN sedia pertimbang tambah bekalan gula di negeri tertentu semasa musim perayaan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub sedia mempertimbangkan cadangan untuk menambah bekalan gula di negeri tertentu pada musim perayaan.

KKD gesa Telegram jumpa MCMC untuk elak tindakan
KKD menggesa pihak Telegram mengadakan pertemuan dengan MCMC dalam masa terdekat bagi mengelakkan tindakan berhubung beberapa isu keselamatan siber.

Presiden Xi mahu China tumpu kepada menghijaukan kawasan gurun, cipta keajaiban baharu
Presiden Xi Jinping mahu China terus meningkatkan usaha untuk mencegah hakisan tanah dan memastikan penghijauan kawasan gurun sehingga keajaiban baharu dapat diwujudkan.

Mohamad Hasan bimbang trend ahli politik tabur retorik ancam perpaduan
Mohamad berkata, golongan ini sanggup memperlekeh jaminan hak asasi, kebebasan dan keutuhan institusi awam.

Kenya minat pelajari kepakaran Malaysia dalam penyediaan rumah mampu milik
Kenya berminat mendapatkan khidmat kepakaran Malaysia dalam aspek penyediaan perumahan mampu milik negara.

Kejayaan Malaysia dalam kes tuntutan Sulu tamatkan usaha rampas aset negara - Fahmi Fadzil
Kejayaan Malaysia dalam pertikaian undang-undang di Perancis berkaitan tuntutan kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu, mematikan segala usaha mereka untuk cuba merampas aset negara.

Calling centre judi: 20 individu ditahan - Polis
Polis menahan 20 individu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan calling centre perjudian dalam talian di sebuah premis sekitar Lembah Klang, semalam.

Jaga adab, akhlak ketika di jalan raya - Mohd Na'im
Pengguna jalan raya harus sentiasa mengamalkan adab yang baik dan jangan sesekali terlibat dalam pergaduhan.

APG 2023: Kontinjen negara cemerlang, melebihi pencapaian di Solo
Atlet negara sehingga kini merangkul 42 pingat emas, 35 perak dan 25 gangsa selepas berakhir hari kelima temasya dwitahunan hari ini.

Wanita rugi lebih RM132,000 terpedaya beli kereta terpakai tidak wujud melalui Facebook
Seorang wanita kerugian RM132,860 apabila terpedaya selepas mahu membeli kereta terpakai yang tidak wujud yang dijual di laman Facebook, 1 Jun lalu.

Kompleks Air Panas Gadek dinaik taraf guna konsep spa resort
Naik taraf itu merangkumi 20 bilik hotel, lapan chalet, satu spa keluarga, dua kolam air panas rendaman kaki serta fasiliti lain seperti surau, tandas dan bilik persalinan.