awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pantau tingkah laku anak, elak jadi mangsa jenayah siber
Elak jadi mangsa penipuan rumah kebajikan palsu - Nancy
Empat lelaki ditahan cuba seludup haiwan ternakan guna jalan tikus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kondom, kit ujian kehamilan laku keras waktu PKP - Kajian iPrice Group

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
05/05/2020
10:50 MYT
Kondom, kit ujian kehamilan laku keras waktu PKP - Kajian iPrice Group
Hasil kajian juga menyaksikan peningkatan ke atas alat keperluan dapur seperti alat pembuat roti, air fryer dan ketuhar antara 1,058 peratus dan 7,587 peratus. - Gambar hiasan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilihat memberi ruang kepada kebanyakan suami untuk 'menikmati' kehidupan dengan pasangannya apabila satu kajian baru-baru ini menunjukan carian kondom dalam platform secara talian meningkat kira-kira 61 peratus dalam tempoh berkenaan.
Selain kondom antara produk yang mencatatkan lonjakan dalam pencarian sejak PKP bermula adalah kit ujian kehamilan yang menyaksikan peningkatan sebanyak 79 peratus.
Penyedia perbandingan produk dan harga di Asia Tenggara, iPrice Group yang menjalankan kajian itu berpendapat rakyat Malaysia berkemungkinan memenuhi kebosanan terkurung di rumah dengan menghiburkan pasangan masing-masing
"Pun begitu adalah sesuatu yang tidak hairan ketika penularan COVID-19 apabila carian ke atas produk kategori kesihatan seperti topeng muka dan hidung meningkat hampir 648 peratus," kata kenyataan itu.
Dalam pada itu, perubahan dalam tingkah laku belian juga mula menunjukkan rakyat Malaysia sedang menyesuaikan diri kepada situasi kehidupan baharu apabila carian ke atas alat menggunting rambut untuk tujuan trimming menyaksikan peningkatan sehingga 17,652 peratus pada pertengahan bulan Mac.
Sementara itu, kenyataan itu menyebut PKP juga dilihat mengalakkan aktiviti sukan di dalam rumah apabila carian ke atas yoga mat dan tali skipping meningkat antara 1,016 peratus sehingga 5,528 peratus.
Hasil kajian juga menyaksikan peningkatan ke atas alat keperluan dapur seperti alat pembuat roti, air fryer dan ketuhar antara 1,058 peratus dan 7,587 peratus.
Kajian yang dijalankan dengan mengambil hampir satu juta pengunjung iPrice Malaysia itu dijalankan pada 18 Mac hingga 17 April lalu selepas melihat lanskap pembelian secara dalam talian memperlihatkan perubahan yang ketara.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#iPrice
#kondom
#PKP
#PKPB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan